Artis / Selebriti
” Sedapnya suara Umai, ngam sangat dengan petikan piano Uwais tu.. ” – Komen Netizen
Video Umai menyanyi lagu Mencintaimu sambil diiringi dengan petikan piano oleh Uwais Al-Qarni curi perhatian warganet. Sedapnya suara Umai, kena dengan lagu ni. Uwais pun makin pro main piano, gandingan yang mantap. Sweet lah Umai dan Uwais..
Jika Thalita rapat dengan Amad Dayyan, abangnya Uwais Al-Qarni pula rapat dengan kakak Amad, Ummi Umairah atau Umai. Hubungan baik antara keluarga Shuib Sepahtu dan Siti Sairah Taruddin membuatkan anak-anak mereka ini bersama membuat pelbagai aktiviti bersama.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Officialumairah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika Umai bersama Uwais berlatih vokal bersama. Umai bertindak sebagai penyanyi, manakala Uwais pula bermain piano mengiringi nyanyian Umai itu.
Umai mendendangkan lagu nyanyian asal Krisdayanti berjudul Mencintaimu. Suara Umai yang lunak dan merdu itu memang sedap didengar. Lenggok suara Umai membawakan lagu ini dipuji oleh warganet yang menonton video tersebut. Umai mempunyai aura dan suara yang tersendiri.

Melihat kemesraan dan gurauan Umai dan Uwais membuatkan warganet terhibur. Kedua-duanya suka menyakat dan ada sahaja akal untuk membahan antara satu sama lain. Ramai di kalangan warganet menyukai gandingan Umai Uwais ini sama sebagaimana gandingan Amad Thalita.
Jom tonton video di bawah :
@officialumairah_ hiks
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 14 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Samanya muka.. comelnya korang memang macam adik beradik muka lebih kurang je.. sorang pandai menyanyi, seorang lagi pandai main piano.. “
” Pandai Uwais main piano, umai pulak nyanyi sedap sangat.. semoga persahabatan korang kekal selamanya.. “
” Ya Allah, Umai Uwaish comel , Tata Amad pun comel.. mana-manalahh hehe.. marmai or waismar ni.. “
” Sedapnya suara Umai, ngam sangat dengan petikan piano uwais tu.. korang bila bergabungan memang padu dan gempak hasilnya.. “
” Masya Allah Umai sedap sangat suara ni.. Macam adik beradik, muka nak sama lah.. keep fly umai and uwais.. “
” Ecey Umai, suara padu selalu.. Malu malu ke Uwais haha.. kak umai pandai nyanyi, Uwais pandai main piano semua ada kepandaian sendiri.. semoga persahabatan korang kekal.. “
” Eh comelnya umai dengan uwais ni.. nampak sweet je bila dua-dua suka menyakat macam tu.. Umai Uwais, Amad Thalita.. “
Gandingan antara Umai dan Uwais memang sesuai. Vokal Umai lunak dan merdu, petikan piano Uwais pula smooth sahaja. Mungkin suatu hari nanti, Umai dan Uwais boleh digandingkan dalam mana-mana show atau event untuk menghiburkan orang ramai dengan bakat yang mereka ada.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Officialumairah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ayat mama pun padu berapi, mana papa tak sentap. Terus sedar diri, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Jawapan yang bijak. Selera masing-masing kan, jangan judge.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cantiknya, macam Che Puan Khaleeda bakal menantu Abby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku makan, roti tu pammm jatuh.. ” – Syamsul Ghau Ghau
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tegas dalam menjawab tapi penuh dengan adab, tersusun cara bercakap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hilang kata-kata masa dengar doa Tok tu. Sebaknya time Kak Pila pandang Tok Red.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Bergetar suara Mr E bercerita. Nampak dia happy, cool rupanya di sebalik penuh cerita sedih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Terus tergagap member tu. Sekali dah merah muka, haha.. ” – Komen Netizen

