Connect with us

Artis / Selebriti

” Sedapnya dia bawak lagu ni, santai je. Menusuk ke hati.. ” – Komen Netizen

Video Judika menyanyikan lagu Nadeera, Bukan Lagi Kita di Judika Live In Malaysia 2025 buat ramai meremang. Fuh power lah Judika bawa lagu Nadeera ni, versi tersendiri yang memukau..

Judika salah satu nama penyanyi hebat negara jiran Indonesia yang mempunyai ramai peminatnya di Malaysia. Judika hadir ke ibu kota bagi menjayakan konsert Judika Live In Malaysia 2025 yang berlangsung di Stadium Hoki National, Bukit Jalil Kuala Lumpur pada 15 November yang lepas.

Ramai peminat Judika yang teruja melihat persembahan hebat daripada Judika. Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Ienablacklee, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Judika mendendangkan lagu berjudul Bukan Lagi Kita. Lagu ini merupakan lagu asal Nadeera dan ciptaan Hael Husaini.

Ramai yang memuji kehebatan vokal Judika menyanyikan lagu ini. Nadeera dalam versinya dan Judika juga ada caranya tersendiri untuk menyedapkan lagu tersebut. Tidak langsung dibayangi dengan lenggok Nadeera, lontaran suara dan lenggok Judika membuatkan ramai teruja.

Warganet merasakan Judika berjaya membawakan lagu ini dengan bagus sekali. Part nada rendahnya cukup jelas dan part nada tinggi juga dinyanyikan santai serta tidak terjerit-jerit. Suara Judika ini dikategorikan oleh warganet sebagai suara emas dan ada auranya yang tersendiri.

Jom tonton video di bawah :

@ienablacklee

Bukan Lagi Kita by Judika 😍 @Nadeera #judikaliveinmalaysia2025

♬ original sound – ROZLENA RAMLEE – ROZLENA RAMLEE

Perkongsian ini telah pun meraih perhatian dan pujian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Suara yang sentiasa hebat, memang meremang dengar suara judika ni. Low note dia rilek je, sedap versi lelaki.. dia buat lagu ni with his own rendition tanpa perlu ikut cara asli lagu nih.. “

” Kalau lelaki nyanyi low notes lagu ni. Jd antara dengar tk dengar. But judika next level.. sedapnya versi Judika.. “

” Judika memang the best. suka dgn semua lagu2 dia. wah sedapnya dia bawak lagu nadira.. approve male version from judika.. “

” Makanan judika kottt tang lagu2 galau cmni. Sumpah menusuk ke hati.. Perghh dia bt cm lagu dia.. x nmpk byg2 nadera. Terbaikkk.. “

” Serius memang meremang.. santai betul dia nyanyi padahal lagu dia kalau karok mmg cirit aku.. bapak sedappppp laaa judika oooiiiii.. Dia ‘judika’ kan lagu ni guys.. “

” Kemanakah kiiiita and last kitaaaaaa . Sedapnya suara manusia judika ni.. alamak Judika sings much better than ori singer.. suka pulak Judika nyanyi lagu ni.. “

” Sedapnya dia bawak lagu ni, santai je.. Judika ni,ada emas dlm mulut dia… bukak je merdu,bukak je merdu.. vokal mantap, lagu tinggi tapi dia santai je.. padu lah judika.. “

Judika membawakan lagu ini dalam versinya tersendiri sehinggakan tidak terbayangi langsung oleh penyanyi asal. Bukan Lagi Kita versi lelaki yang terbaik antara yang terbaik. Meremang mendengar Judika menyanyi, andai berduet bersama Nadeera tentu lagi gempak.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok  ienablacklee

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Shampoo Treatment Jungle Girl
Skintific Powder Foundation

Trending

Copyright © Berita Kopak