Artis / Selebriti
” Sedap versi Ernie, letop versi Ara. Kacang je tarik suara.. ” – Komen Netizen
Video Ernie Zakri dan Ara Johari menyambung nyanyian Nadeera Zaini lagu Bukan Lagi Kita raih pujian ramai. Fuh semua power, meremang dengar suara masing-masing part tarik tu..
Lagu dendangan Nadeera Zaini berjudul Bukan Lagi Kita antara lagu yang berhantu dan masih menjadi siulan ramai. Penerimaan lagu ini bukan hanya di kalangan peminat sahaja tetapi rakan-rakan artis juga menyukai dan menghafal lagu Nadeera itu.
Menerusi perkongsian di akaun Media Hiburan Official, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Nadeera membuat persembahan di rumah terbuka Aidilfitri sebuah agensi. Ramai artis yang hadir antaranya Hael Husaini, Ernie Zakri dan Ara Johari.
Ketika sedang mendendangkan lagu itu, Nadeera berjalan menuju ke arah Ernie. Reaksi wajah Ernie yang cuak kerana tahu Nadeera bakal menyuruhnya menyanyi mencuit hati warganet. Hael yang berada di belakang Ernie pula asyik ketawa melihat gelagat rakannya itu.

Mendengar sahaja suara Ernie, semua bersorak dan bertepuk tangan. Ernie ada tone suara yang sedap dan berilah apa sahaja lagu akan dinyanyikan dengan versinya tersendiri. Part Ara pula lagi membuat semua teruja. Sambil duduk Ara melontarkan suara part nada paling tinggi dalam lagu ini. Ini memang makanan Ara, smooth sahaja Ara tarik suara.
Jom tonton video di bawah :
@ahfadd Baru puas dapat tengok depan2 versi Ernie & Ara nyanyi lagu Bukan Lagi Kita!! 🎥 – Earaguna Mirdad #BukanLagiKita #ErnieZakri #AraJohari
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Boleh jadi trio ni. Mcm jaclyn victor sheila amzah dgn ning baizura.. Ara tak yah cakap lah erkk. Duduk pon gitu je dia tarik ermm.. “
” Bg kt ara mcm kacang je die buat… sedak dooh suara dia.. Sedap versi Ernie.. Letop versi Ara.. padu la mereka berdua nii.. “
” 3 suara pls … ernie, nadeera n ara.. Suke tengok dorg nie.. Support each others.. Hael sebagai komposer lagu ni, mesti bangga ramai artis nyanyi lagu ni.. “
” Love tiga2 ni, please nyanyi together in one stage.. apa lg Hael.. buat lah lagu duet 3 org ni.. Wehh meremang kita dgr yer dua dua sambung gitu je.. “
” Huuu araaa punya suara… Sama semua sedapp sedap.. Suka tgk circle diorg. Dari BBNU semua dah ada level class masing2.. “
” WOW Nadeera, Ernie , Ara best.. Tiga-tiga suara sedap.. Xslh org dia bg MIC.. Sdp weiii ara Tarik part tergamak tu… Erni xpyh ckpla. Nma pun guru vokal.. “
” Ara tarik smbil ddk je.. . gilerr laaa.. mcm tu je dia bg.. dua² ai love. tp ai suke versi erni. lemak merdu suara die. tp ara power leh tarik tggi lagu tu. kalau ai semput dan terngadah ditgh jln babe . nyala lah 2 idol ai.. “
Walaupun Ernie dan Ara menyanyi secara spontan tetapi hasilnya memang wow. Bak komen warganet, ketiga-tiga penyanyi ini semuanya bersuara sedap. Mana tahu, satu hari nanti Hael akan buatkan satu lagu duet untuk Nadeera, Ernie dan Ara.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Media Hiburan Official, tiktok ahfadd
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Afwa pun join trend ni, bagus dia lead takbir raya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Dah lama Mama Bella pendam tu. Dengan kita sekali nangis dengar Mama cakap.. ” – Komen Netizen

