Artis / Selebriti
” Sedap suara Dekta macam suara arwah ibu dia, part chorus meremang rasa.. ” – Komen Netizen
Video anak Shuib Sepahtu, Dekta berlatih untuk persembahan di Bukit Bintang malam nanti buat ramai tersentuh. Sebak part atuk Raissuddin Hamzah tetap tidak putus asa melatih Dekta. Meremang lah dengar nyanyian Dekta..
Meninjau ke akaun Instagram Era.je dan Siti Sarah Raisuddin, beberapa buah video ketika sesi latihan anak Shuib Sepahtu, Dzakira Talita Zahra atau Dekta telah meraih perhatian ramai. Dekta berlatih untuk persembahannya di Bukit Bintang pada malam ini.
Semalam telah tular sebuah video yang memaparkan Shuib membuat kejutan kepada Dekta yang Dekta telah menerima undangan nyanyian. Undangan tersebut bersempena content busking oleh radio Era yang berlangsung di Bukit Bintang.
Ternyata ini yang dinantikan oleh Dekta selama ini dan Dekta dilihat sangat bersemangat melakukan latihan agar dapat memberikan persembahan yang terbaik. Dekta dibimbing oleh atuknya iaitu Raissuddin Hamzah dari segi vokal untuk nyanyiannya.

Perkongsian video-video ini telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ramai netizen berasa sebak melihat kesungguhan Raisuddin dalam melatih cucunya itu dan Dekta mendapat sokongan sepenuhnya daripada ahli keluarga.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memuji kemerduan suara dalam nyanyian Dekta. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Why i rasa mcm siti sarah ad di sebelah tengok talita sambil tersenyum. Ibuuu.. Atok’s role… Uwais : coach golf. Talita : guru vokal. Nk tngk Matin pulak atok nk ajar apa kt matin.. “
” Semua rindu arwah.. itu yg excited masing2 ni bila dek ta cover ibu dia punya lagu… rindu btl sarah.. talita nyanyi lagu ibu dia, i yang menangis teruk eh.. “
” Shuib, you need to pay for her vocal classes. She’s talented! Get the best vocal teacher for her. She’s a star.. Good luck for Tomorrow Talita syg.. “
” Knp atuk xpernah dijemput utk jadi juri..hebat atuk talita untung talita. Tak boleh dgr la lagu ni.. auto nak nangis.. tergiang ngiang suara arwah .. “
” Masyallah .. sedap suara dekta mcm suara arwah ibu dia part chorus meremang rasa.. Lenggok da serupa ibu da talita… go talita go.. “
” Ya Allah, anak ibu sangat ni… Semoga dpt capai ke tahap suara ibu ya anak.. Walaupun Talita nt nyanyi 2 lagu.. standby pi la 3 lagu.. kot² ada permintaan dari Uncle² & Auntie ² kt BB nt.. “
” Suara aruah mmg sedap kan? siapa je ada lenggok mcm dia? hanya sarah je… go go talita u can do it like ibu do it… chaiyokkk .. “
Pastinya ramai peminat tidak sabar menantikan persembahan Dekta pada malam ini di Bukit Bintang. Semoga Dekta dapat memberikan persembahan yang terbaik pada malam ini dan dipermudahkan segala urusan Dekta untuk malam ini. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Eraje, Siti Sarah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti7 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku la dua orang ni. Drama ek masing-masing, haha.. ” – Komen Netizen

