Artis / Selebriti
” Sedap suara, boleh gilap jadi star ni.. ” – Netizen
Dodoi Anak Tidur Seperti Menyanyi Di Konsert, Suara Merdu Maryam You Narae Raih Perhatian Ramai. Wah Cara Rare Dodoi Anak Ni. Rina Pun Bukan Main Lena Tidur !!
Menerusi akaun TikTok DuriankimchiFC, perkongsian sebuah video yang memaparkan Maryam You Narae sedang mendodoikan anak perempuannya bernama Rina telah meraih perhatian ramai. Maryam mendodoikan Rina dengan lagu Korea.
Apa yang menarik ialah Maryam menyanyikan lagu tersebut seperti berada di atas pentas dengan memegang remote control sebagai mikrofon. Maryam menyanyikan lagu tersebut dengan begitu bersungguh-sungguh dan suaranya boleh tahan merdu.
Dengan kapsyen ‘ cara tidurkan anak tahun 2023 ‘, ternyata cara Maryam ini boleh membuatkan Rina tidur dengan lena. Walaupun Maryam menyanyikan lagu tersebut dengan sepenuh hati tetapi Rina tetap lena tidur di atas pangkuan Maryam.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 8 ratus tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik semalam. Ramai juga yang menyatakan Maryam mempunyai bakat menyanyi yang boleh digilap. Maryam boleh menyanyi dengan baik sekali.
Jom tonton video di bawah :
@duriankimchi_fc Membalas kepada @syiiraaa_ Insyaallah❤️❤️#duriankimchi #maryamduriankimchi #maryam #babyrina #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fypage #foryou #foryourpage #foru
Di ruangan komen, ramai yang memuji kemerduan suara Maryam . Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Sedap maryam nyanyi.. biar Rina pandai cakap Korea ok mariam semoge Rina sihat selalu Aaminnn murah rezeki kesihatan insha’Allah Aamin terus sihat selalu Aaminnn.. “
” Sedap suara maryam.. wah goblin ost.. Cara Yang Sama… sya pun macam tu tidurkan anak.. rase macam dekat konsert pula.. “
” Merdunya.. tk tau lgu apa sbb tk pernah dgr… tpi tiba2 sedap plk lgu ni telinga.. ada tak video panjang,tak puas dengar Maryam nyanyi.. “
” My fav song love teruk maryam.. sedap suara maryam, tggi juga tu.. Powerrr lah Maryamm U did great.. Lena rina tidur.. “
” Sedap nya suara Maryam MasyaAllah.. nma lagu apa wehh tak igt laaa.. jgn terkejut kalau lepas ni die ade lagu sendiri.. “
” Apa tajuk lagu marym nyanyi ni.. sdp suara woooo. pandai maryam nyanyi bestttt.. boleh wat album korea lah maryam.. “
” Sedap suara.. boleh gilap jadi star ni.. mantapnya suara Mariam.. boleh buat album baru dah ni.. ok dh blh buat album suara pun power.. “
Wah, memeang merdu suara Maryam. Sememangnya boleh digilap untuk menjadi penyanyi profesional. Mana tahu suatu masa nanti Maryam terjun ke industri nyanyian kan. Lagi pun rakyat Malaysia amat meminati lagu-lagu Korea. Terbaiklah Maryam.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Duriankimchifc
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ni nak tanyalah, apasal kau pergi ambil tauke kueh ni. Aku ni Chef menunggu tau.. ” – Datuk Chef Wan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Masyaallah, merdunya laungan azan Uwais.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Giler aku gelak weh. Dia start dengan Anwar Ibrahim je aku dah berdekah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Afwa pun join trend ni, bagus dia lead takbir raya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dah lama Mama Bella pendam tu. Dengan kita sekali nangis dengar Mama cakap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Wow petanda apakah ini, macam betul je. Terkejut tengok gambar ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ya Allah Paknil, saya nak cari RM30 sekarang pun susah Paknil.. ” – Pemanggil

