Artis / Selebriti
” Sedap suara anak Bell, boleh masuk TTMM this year. Keras lah perut kalau Bell jadi manager, haha.. ” – Komen Netizen
Bell Ngasri kongsi video anaknya, Nasfazira menyanyi bersama Nadeera Zaini raih pujian ramai. Wah sedap suara Nasfazira. Manja sungguh Nasfazira dengan kak Nadeera, tak nak berenggang langsung. Bell kata, mak sendiri pun dia tak peduli, hehe..
Pelawak terkenal, Bell Ngasri bukan nama asing dalam industri. Bell mempunyai karakter yang selalu ceria dan menggembirakan orang-orang disekelilingnya. Kelucuan Bell tidak hanya dalam lakonan, tetapi di dunia realiti juga Bell seorang yang lucu.
Meninjau entry di akaun Instagram Bell Ngasri, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat anak bongsu Bell, Nasfazira bersama penyanyi wanita bersuara merdu, Nadeera Zaini. Coret Bell di ruangan kapsyen memberitahu anaknya ini sangat meminati Nadeera.
Peluang dapat bercuti bersama Nadeera digunakan dengan sebaiknya oleh Nasfazira dengan tidak berenggang dengan penyanyi kesukaannya itu. Tambah Bell, anaknya ini tidak mempedulikan maknya sendiri apabila Nadeera ada bersama.

Bell juga berkongsikan moment indah untuk anaknya itu apabila dapat berduet bersama Nadeera. Ramai di kalangan warganet yang memuji suara anak Bell ini. Sebelum ini pernah tular video Nasfazira menyanyi di sebuah majlis yang dihadiri oleh keluarga besar Bell.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ok TTMM next Bell, kau manager.Kemonnnn.. sedap bambam nyanyi, sedapnya ikut mak nya.. “
” Suara sedap, boleh join talk to my manager tahun depan ni.. Aduh bambam, comel lah dia ni.. suara tu, geram dengar.. “
” Sedapnya suara bambam. ada bakat budak ni.. hantar dia kelas vokal Bell.. nampak boleh pergi jauh ni.. “
” Suara sedap, boleh join talk to my manager tahun depan ni.. talented.. Boleh diasah suaranya…. Cpt hntr dia kelas vokal.. “
” Merdu suara bambam, sedap dengar.. Ayat bapak kena ikut.. lain maciam bunyi tu.. ada talent la anaknya.. “
” Boleh masuk ttmm this year.. Keras le perut klo Bell jd manager. Ha ha.. sedap suara anak Bell ni.. “
” Boleh pergi jauh lagi ni. suara sedapnya dengar.. boleh jadi penyanyi dah.. Boleh join talk to my manager 2, ada bakat menyanyi.. “
Nasfazira ada bakat terpendam dan suaranya juga sedap didengar. Jika bakatnya itu terus digilap dan dihantar ke kelas vokal, tidak mustahil boleh menjadi seorang penyanyi kelak. Apa-apa pun, semoga yang terbaik untuk Bell sekeluarga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Bell Ngasri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Afwa pun join trend ni, bagus dia lead takbir raya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Dah lama Mama Bella pendam tu. Dengan kita sekali nangis dengar Mama cakap.. ” – Komen Netizen

