Artis / Selebriti
” Sedap lagu raya Hadie ni. Rentak ni best, boleh meletop raya nanti.. ” – Komen Netizen
Penerbit Jaja Ishak kongsi teaser lagu raya baru Hadie Elfardie buat peminat teruja. Wah catchy betul lagu raya Hadie ni. Sedap dengar, auto datang mood nak beraya tu..
Baru-baru ini Ina Naim ada berkongsikan khabar gembira bahawa anak sulungnya, Hadie Elfardie dilamar oleh penerbit Jaja Ishak untuk membintangi filem. Ianya satu perkembangan yang baik untuk Hadie dan boleh menjadi titik permulaan Hadie sebagai pelakon.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Jaja Ishak, telah dikongsikan satu teaser lagu dan turut dinyatakan lagu itu dicipta untuk Hadie. Ini membuatkan peminat Hadie khususnya merasa teruja dan tidak sabar untuk mendengar Hadie merakamkan lagu ini.
Rentak lagu itu sesuai dengan Hadie yang masih remaja. Muziknya catchy dan ramai sudah dapat membayangkan Hadie menyanyikan lagu ini sampai menari. Mendengar teaser ini, ramai yang berpendapat lagu ini boleh meletop dan menjadi siulan orang ramai.

Bukan mudah untuk menciptakan lagu raya yang dapat menambat hati pendengar. Namun peminat yakin Hadie dapat membawakan lagu ini dengan baik. Ini juga boleh membantu menyinarkan lagi bakat nyanyian Hadie dalam industri.
Jom tonton video di bawah :
@jajaishak Teaser sikit lah lagu raya @ADI? – On x On guys 😅 produce by @Jajaishakchannel
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Tenkiu Jaja buat lagu raya untuk Hadie.. lurve sangat dengar lagu ni.. best lagu ni, sesuai dengan suara Hadie.. “
” Wah rentak ni best, boleh meletop raya nanti.. Kita semua support lagu raya baru Hadie ni.. confirm jadi siulan.. “
” Wah bestnya, sekali joget baru best ni.. macam Hael Husaini.. buat trend raya nanti confirm letop.. “
” Lagu best, laju laju keluarkan sebelum lagu baru lain keluar.. biar perginya lagi jauh.. best sangat dah boleh bayang dah hadie menari.. “
” Sedap lagu raya Hadie ni, dengar dalam tak sedar kaki dah ikut berjoget sama.. sedap santai santai di dengar halwa telinga, tak de menjerit-jerit ntah apa-apa.. “
” Dengar lagu ni memang terasa vibes nak raya tu, memang ngam lah dengan suara Hadie. Yeahhh zapin moden.. insha Allah meletop lagu ni nanti.. trending sesuai dengan jiwa.. “
” Bestnya lagu ni, tetiba rasa tak sabar nak raya. kasi ONZ cepat Jaja. selalu ulang² jadi mesra telinga ,sesuai dengan hadie yang masih remaja.. “
Tak sabar warganet hendak mendengar lagu ini direkodkan oleh Hadie. Baru teaser sahaja sudah seronok didengar, jika full version tidak mustahil boleh meletop lagu raya itu. Apa-apa pun, semoga segala perancangan untuk karier Hadie berjalan dengan lancar dan dipermudahkan Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Jaja Ishak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ni nak tanyalah, apasal kau pergi ambil tauke kueh ni. Aku ni Chef menunggu tau.. ” – Datuk Chef Wan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Giler aku gelak weh. Dia start dengan Anwar Ibrahim je aku dah berdekah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Masyaallah, merdunya laungan azan Uwais.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Wow petanda apakah ini, macam betul je. Terkejut tengok gambar ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia mari dengan kecek Kelate pulop doh. Lawak la Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ya Allah Paknil, saya nak cari RM30 sekarang pun susah Paknil.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suara Dato’ Aliff sedap je. Sengaja buat-buat suara kepit nak bagi view naik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen

