Artis / Selebriti
” Sedap betul lah suara ‘Maria dan Mariana’ berduet.. ” – Komen Netizen
Video Ziana Zain dan Erra Fazira berduet menyanyikan lagu Korban Cinta raih pujian ramai. Fuhh, suara dua-dua masih maintain padu. Part last masa Ziana tarik tu memang meremang lah dengar..
Umum mengetahui Datuk Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain bakal bergabung dalam sebuah persembahan mega menerusi Sembilu The Reunion Live In Concert yang dijadualkan berlangsung tidak lama lagi. Konsert ini pastinya dinanti-nantikan kerana menghimpunkan tiga nama besar yang pernah mencipta fenomena dalam industri muzik tanah air.
Konsert istimewa ini bukan sahaja menjanjikan hiburan berkualiti, malah sarat dengan elemen nostalgia yang mampu membawa peminat mengimbau kembali era kegemilangan muzik sekitar tahun 90-an. Tidak keterlaluan jika dikatakan, gabungan mereka bakal mencipta momen bersejarah yang sukar dilupakan.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik MeleTOP, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Erra Fazira dan Ziana Zain hadir sebagai tetamu jemputan rancangan tersebut. Menerusi video berkenaan, kedua-dua penyanyi ini turut berduet menyampaikan lagu hit Ziana Zain berjudul Korban Cinta.

Gabungan suara lunak Erra Fazira dan vokal mantap Ziana Zain nyata mencuri perhatian warganet. Rata-rata memuji keserasian mereka ketika berduet, malah ramai yang mengakui nyanyian itu mengimbau kembali kenangan lama dan membangkitkan rasa rindu terhadap lagu berkenaan.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai kata pujian telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Sedap betul lah suara ‘Maria dan Mariana’ berduet.. Ni betul2 mengimbau kenangan filem Maria Mariana sangat.. “
” Mmg best. Era dgn ziana ni cantik cara masing2.. Mak lurrrrve.. Tak sabar lah nak tengok konsert nanti, mest best kan.. “
” Wah lagu yg ada dalam senarai pagu yg akan di nyanyikan oleh diva Ziana Zain kita malam 7 Feb nanti.. Meletoppp.. “
” Terasa mcm balik zaman skolah jer tngok primadona dua ni.. Awet muda lah dorang.. Suara pun masih macam dlu time muda2.. “
” Love sangat dua2 ni.. Kenangan sangat lagu ni.. Teringat zaman kanak2 dulu hantar surat dekat ZZ, request nak jadi hadik hangkat hahahaha peminat tegar bethol.. “
” Ingat zaman majalah dulu dulu… Kalau bulan ni Erra jadi cover majalah.. Bulan depan mesti Ziana Zain jadi cover majalah… Kadang kadang dato Siti bulan berikutnya… Kenangan sangat.. “
” Fuhh meletop lah, Erra pun sedap juga suara nyanyi lagu Ziana.. Dua-dua suara masih padu lagi, tak sangka masing-masing2 dah pun 50 tahun lebih.. “
Kemunculan duet ini sedikit sebanyak menambah keterujaan peminat menjelang Sembilu The Reunion Live In Concert. Diharapkan konsert yang bakal berlangsung nanti mampu memenuhi ekspektasi serta memberikan pengalaman yang bermakna buat semua yang hadir.

Silakan SHARE..
Sumber : IG meletop
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dulu dulu takde ek upload moment gini. Nak tunjuk pandai jaga anak ke macam mana ek ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Akhirnya, Jep mention Shuib. Tiba rasa bergetar bila dia sebut nama Shuib. Sungguh aku rindu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tengok muka Amira macam 1st time kan marah Fattah ni.. ” – Bell Ngasri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku mak yang gagal pertahankan anak. Kalau ada apa-apa terjadi pada aku, biar anak aku.. ” – Ibu Puteri Balqis
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tak pernah lagi I kerjasama dengan model macam ni.. ” – Anzalna Nasir
-
Artis / Selebriti4 days ago” Finally Bella sendiri beritahu apa isi sampul envelope putih YB Saddiq tu. Kan betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bijaknya Raudhah ni. Syok dengar Raudhah speaking, ada slang macam Cess jugak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aiyokkk Tokwi dah bunyi. Bapak sound halus je, haha.. ” – Komen Netizen

