Connect with us

Artis / Selebriti

” Sed1hnya, hati seorang ibu rasa terhir1s baca coretan ni.. ” – Netizen

Ucapan Azrinaz Mazhar Hakim Sempena Ulangtahun Kelahiran Anaknya, Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah Yang Ke 15 Tahun Buat Ramai Tersentuh. Sed1hnya Bait-Bait Ayat Tu, Kasih Seorang Ibu !!

Sebagaimana yang diketahui umum, bekas selebriti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim mempunyai 2 orang cahayamata hasil perkahwinannya bersama Sultan Brunei sebelum ini iaitu Yang Teramat Mulia (YTM) Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah dan YTM Paduka Seri Pengiran Muda Putera Abdul Wakeel.

Seperti tahun-tahun yang sudah, setiap kali tiap hari kelahiran putera dan puterinya ini, pasti akan ada coretan khas Azrinaz buat mereka. Meninjau akaun Instagram Azrinaz Mazhar Hakim, sekeping gambar thr0wback Azrinaz bersama anak-anaknya ketika masih kecil dikongsikan.

Pada tarikh 28 Januari 2023, genaplah usia Puteri Ameerah yang ke 15 tahun. Ucapan dari jauh untuk Ameerah menyatakan betapa sayangnya Azrinaz kepada anaknya itu. Tiada perkataan yang dapat menggambarkan kasihnya yang tidak bersyarat untuk anakanda tersayang.

Harapan Azrinaz moga Ameerah sentiasa gembira seperti yang seharusnya dia terima. Sekalipun jauh di mata, namun Ameerah sentiasa di hati bondanya ini. Tidak ada sesiapapun di dunia ini yang mampu menyayangi Ameerah lebih daripada Azrinaz.

Jom baca perkongsian di bawah :

Perkongsian oleh Azrinaz ini telahpun meraih perhatian dan tidak kurang juga yang tersentuh membaca coretan Azrinaz ini. Antara komen-komen warganet :

” Rindu pasti terlerai nanti. Moga Allah membuka jalannya.. ” – Fedtri Yahya

” Kasih ibu hingga ke syurga, satu hari nanti hari tu akan tiba. saya doakan yang terbaik untuk Azrinaz dan tuan puteri.. “

” I hope she is reading. happiest birthday princess ameerah, best wishes to you. InshaAllah both of you will be together on a beautiful day (with Prince Wakeel too). One fine day aameeen.. “

” Klau tengok gambar lama puan nampak lebih seiras dengan princess ameera. Cantik. the love between mother and daughter knows no distance. sannah helwa to our beautiful Princess Ameerah.. “

” Semoga titipan-titipan harijadi selama ini membuahkan pertemuan yg bernilai oada masa akan datang.. Dan tidak mungkin dia melupakan ibunya, sudah tentu dia akan memahami pada usia dewasanya nnt.. “

” Happy Birthday Princess Ameerah. Kian dewasa mereka berdua, insyaAllah tak lama lg bertemu juga kalian bertiga. Saya yakin mereka berdua juga merindui ibu kandung mereka.. “

” Semoga dpt brtemu n bersatu semula. gmbr² lama je sbgai kenangan yg masih ada. Sed1hnya, hati seorang ibu rasa terhiris baca coretan ni.. “

” Such a beautiful letter from a Mom to beautiful young lady. Sed1hnya kasih ibu dan anak tidak akan putus selamanya.. “

Pastinya menggunung rasa rindu Azrinaz terhadap Puteri Ameerah dan ramai yang mendoakan agar anak dan ibu ini akan bertemu suatu hari nanti. Selamat ulangtahun kelahiran Puteri Ameerah dan semoga menjadi anak yang solehah yang membahagiakan kedua ibu bapa.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Azrinaz Mazhar Hakim

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT