Artis / Selebriti
” Sed1hnya bila tengok family potrait ni.. ” – Netizen

Puteri Sarah Liyana Kongsi Gambar Anak-anaknya Bersama Datuk Yusof Haslam Sebelum Berlepas Mengerjakan Umrah. Kasihnya Atok Pada Cucu-Cucunya. Namun Komen Ibu Mertua Sarah, Datin Patimah Meruntun Hati Warganet !!
Mempunyai ibu dan bapa mertua yang selalu menyokong dan menyayangi juga satu rezeki buat para menantu. Itulah yang diperolehi oleh pelakon cantik, Puteri Sarah Liyana daripada Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail.
Walaupun berbagai-bagai dug4an yang datang, namun 2 insan yang disayanginya ini tetap setia menyokong Puteri Sarah. Buat masa kini, Puteri Sarah dalam perjalanan ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadat umrah bersama anak-anaknya.
Meninjau entry di Instagram Puteri Sarah Liyana, telah dikongsikan sekeping gambar yang memaparkan Datuk Yusof bersama Syaikhul Islam dan Sumayyah bergambar bersama sebelum ke lapangan terbang.
Dengan kapsyen tertulis ‘ Grandpa’s love ‘, gambar ini cukup menggambarkan betapa sayangnya atok kepada cucu-cucunya ini. Sepenuh kasih sayang diberikan untuk mereka dan pastinya atok selalu mendoakan yang terbaik untuk Syaikhul dan Sumayyah.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian oleh Puteri Sarah ini telahpun meraih lebih 74 ribu likes daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan :
” Bagusnya grandpa. Unconditional love for his grandchildren. Salute sgt mak n ayah mentua mcmni. subhanaallah.. “
” Sarat dengan kasih sayang, mana nak cari pak mertua macam ni. bertuah sangat Puteri Sarah dan anak-anak.. “
” Yang si abang rupa betul ayahnya.. mesti ilang rindu atok kat anak sdiri bila tengok cucu.. “
” Sebuah keluarga yg sempurna dan sangat bahagia. Sed1hnya bila tengok family potrait ni.. “
” Dalam hati Atok… Allah tolong jagakan cucuku semua… permudahkan urusan ibu ayah cucuku semua… Aamiin Ya Allah.. “
” Bagus atuk dia.. walaupun anak tak dapat lagi rasa kasih sayang ayah dia.. atuk dia curahkan segala kasih sayang nya.. bahagia nye awak sayang.. semoga menjadi anak dan cucu yang terbaik tau.. “
” Atok Nenek Cucu2 lah Penawar Duka Mereka Semuga Dato Datin Kuat Tabah Dgn Ujian Dari Allah. Semoga terus kuat PS dn slmt menunaikan ibadah umrah brsama ank2 yg comel.. “
Namun komen daripada ibu mertua Puteri Sarah, Datin Patimah meruntun hati warganet yang membacanya :
Semoga Puteri Sarah mendapat umrah yang mabrur dan dipermudahkan segala amal ibadatnya bersama anak-anak. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Penyayang, pasti ada pelangi selepas hujan untuk Puteri Sarah dan anak-anak. Jaga diri selalu Puteri Sarah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Puteri Sarah Liyana, IG Patimah Ismail
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Selalu Nabil yang suka menyakat Tok Ram. Kali ni, Tok Ram pula menyakat anak Nabil, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 hours ago
” First time tengok bacheloratte diisi dengan usrah. Ni baru betul kahwin kerana Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sekali mee goreng tu boleh pula terbang dekat leher Kepom. Mengekek gelak, haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Masa ni sedih sangat. Dengar Hadie baca pun kita dah nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Wei aku sedih dengar Hadie backup mak dia. Educated betul cara dia cakap.. ” – Komen Netizen
-
Viral4 days ago
” Tidak logik orang yang mahu bun0h diri akan mahu bergayut dahulu.. ” – Mona Din
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Gedik-gedik dia menari tu menjadi, sebijik gedik Sarah. Tak semput suara, syok tengok.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Abang yang tengah taip ni ke.. ” – Dato’ Seri Siti Nurhaliza