Artis / Selebriti
” Sebijik macam arwah Sarah weh dia punya perangai, suara teriak tu. Patut Shuib falling love sangat.. ” – Komen Netizen
Video Watie Hanifiah Menerima Kejutan Istimewa Daripada Shuib Sepahtu Ketika Buat Content Product Buat Ramai Tersentuh. Alahai Sweetnya Shuib Ni, Sampai Menjerit Dan Menangis Watie Dibuatnya. Sabar Betul Watie Masa Matin Panjat Belakang Badan Dia Tu !!
Meninjau di akaun Instagram milik isteri Shuib Sepahtu iaitu Watie Hanifiah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Watie menerima kejutan istimewa daripada Shuib. Pada awal video, kelihatan Watie sedang membuat video content bersama anak kedua Shuib, Talita.
Namun tidak disangka, tiba-tiba Shuib hadir membawa sejambak bunga ros kepada Watie. Terkejut dengan hadiah yang dibawa oleh suami tersayang, Watie sempat menjerit teruja dan meluahkan tidak sangkanya. Menerusi kapsyen pula, tulis Watie, selalunya Shuib hanya memberikan sekuntum bunga sahaja.
Kejutan yang dibuat Shuib ini membuatkan Watie merasa gembira dan terharu. Di akhir penulisan, Watie mengucapkan terima kasih kepada Shuib kerana sentiasa menghargainya. Perkongsian terbaru Watie itu telah menarik perhatian warganet.

Ada yang turut merasa teruja melihat kebahagiaan pasangan ini. Bukan itu sahaja, telatah anak ketiga Shuib, Matin juga menjadi perhatian. Ramai yang mengatakan salute dengan Watie meskipun seorang ibu tiri, Watie sentiasa melayan anak-anak Shuib seperti anak kandungnya sendiri.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-rata warganet menyukai perkongsian oleh Watie ini dan pelbagai respon diberikan mereka. Antara komen-komen menarik adalah :
” Kita yang tengok pun tumpang happy tau mummy.. Mateen mcm tak wujud kat situ dibuatnyaa. Salute laaa relax ja Watie. Klau anak aku tu dh bape kali aku ketuk, haha.. “
” Mab Mateen tarik tu… Sis salute… Mummy ye maintain ketawa dan rilex… Kalau sis dah jadi singa jadian.. Hahaha… Hebat lah Watie.. “
” Pernah tengok youtube vlog korang bercuti ke Vietnam. Randomly Shuib bagi Wati sekuntum, tapi Wati punyalah happy. Nampak betul dia appreciate pemberian Shuib, walau sekuntum bunga.. “
” Sebijikkk mcm arwah Sarah wehhh dia punyaaa perangai tu. suara teriak tu hahaha. Patut shuib falling love sgt. Comel sangat tengok.. “
” Tengok video ni, ingat dulu ada satu video Matin bawa lari duit masa Sarah minta dekat Shuib.. Sebiji lah gaya tengok.. Allah.. Hebat betul aturan Allah.. “
” Alhamdulillah.. Seronok dan bahagia tgk anak2 sayang Watie. Sebab itu tanda mommy seorang ibu yg baik.. Semoga Watie trus bahagia bersama Shuib.. “
” Bagusla Watie dia hormat budak tu biasalah kanak2 semua aktif salute Watie dia Hargai anak2 macam anak dia dah.. semoga pnjng jodoh korsng family ok.. “
Happy sungguh Watie dapat bunga daripada Shuib. Matin memang tak bagi chance langsung dekat mummy dan daddy nak ‘sweet-sweet’, hehe. Apa-apa pun, semoga hubungan rumah tangga Shuib dan Watie akan terus bahagia serta kekal hingga ke akhir hayat mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : IG iamwatie
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kalau diberikan pilihan, saya nak pergi dahulu sebelum daddy. Sebab.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti6 days ago” Umur sebaya aku kut, boleh lagi pecut tu. Kalau aku, pancit dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Aku keluar dari situ, dunia akhirat, aku ada 28 ringgit sahaja.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti6 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen

