Artis / Selebriti
” Sebenarnya berat hati nak upload tapi hari ni hari istimewa buat Andre Mikhail.. ” – Didie Alias
Video Didie Alias dan Amyza Aznan membuat surprise hari lahir buat anak Amyza, Andre Mikhail yang mengidap kanser di hospital buat ramai tersentuh. Sebaknya tengok Amyza peluk Andre, Didie pun tak dapat tahan air mata menangis..
Meninjau ke akaun Instagram Didie Alias, perkongsian sebuah video yang memaparkan Didie Alias datang melawat anak Amyza Aznan iaitu Andre Mikhail telah mengundang sebak ramai orang. Andre telah disahkan mengidap kanser dan sedang mendapatkan rawatan di hospital.
Didie datang bersempena ulangtahun kelahiran Andre dan menyanyikan lagu ‘ Allah selamatkan kamu ‘ kepada Andre. Melihatkan keadaan Andre, Didie tidak dapat menahan rasa sebak dan menitiskan air mata. Dapat dilihat Amyza cukup tabah menenangkan anaknya yang turut sebak.
Bukan sesuatu yang mudah buat seorang ibu untuk kuat demi kesembuhan anak. Amyza tetap tenang walaupun dirinya juga tidak kuat. Didie datang memberikan semangat buat Andre dan sempat meluangkan masa bersama Andre agar terus kuat.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 17 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik beberapa jam yang lalu. Didie membahasakan dirinya sebagai mummy buat Andre kerana Amyza merupakan kawan baiknya sejak dari dulu lagi.
Jom tonton video di bawah :
Ramai yang mendoakan agar Andre diberikan kesembuhan dan keajaiban. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” AllahuAkbar. Moga dia kuat hadapi ni..Aamiin. Birthday Andre ke …aku dah nak gi tadi ..esok aku gi ok ok. Aku plak nangis tgok video ni semoga segala urusan dipermudahkan.. “
” Kalau boleh bila ziarah org yg sakit kanser cuba tahan air mata dari menangis depan diaorg…sy pengalaman jaga suami,ayah yg mengidap kanser ..mcm mna pun kita kena kuat depan mereka jgn sesekali menangis depan mereka.. “
” Happy Birthday buat mu Andree Mikhael moga Allah angkat segala kesakitan mu dan moga Allah panjangkan umur di luas kan rezeki dan dirahmati Allah.. “
” Allahuakbar.. semoga Allah beri kekuatan buat amyzaaznankaaia sekeluarga dan kesembuhan buat andre.. Syafakallah moga dipermudah segala urusan .. “
” Hati aku sebak bila tgk Kakak berdua ni nyanyi, aku Ibu dan aku dpt rasa apa yg dorang rasa. Allah Taala je yg tahu. Semoga cepat ya nak Andre Mikhail Aamiin YaRabbal Aalamiin .. “
” Semoga Allah swt kurniakan Andre Mikail kesihatan yg baik dan panjangkan umurnya. Hapuskan segala penyakitnya.. “
” Happy birthday Andre. Cepat baik. kak amyzaaznankaaia moga kuat lalui ujian.. Sembuhkan lah . Berilah berita gembira Ya Allah .. “
Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran buat Andre Mikhail. Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesembuhan seperti sediakala. Buat Amyza agar terus kuat dan tabah dengan ujian ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Didie ALias
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti1 day ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti6 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen

