Connect with us

Artis / Selebriti

” Sebaknya tengok Datuk. Deep nasihat Datuk tu. Tiba-tiba pula air mata terkeluar.. ” – Komen Netizen

Video pesanan khas Datuk Yusof Haslam kepada menantunya, Puteri Sarah Liyana buat ramai tersentuh. Sayangnya Datuk Yusof pada Puteri Sarah. Sebak sangat dengar pesanan Datuk tu. Mentua dari syurga.. 

Puteri Sarah Liyana dan anak-anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah sangat akrab dengan Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah. Sekali pun Puteri Sarah tidak lagi bergelar isteri kepada anak pasangan ini, namun kasih sayang mereka tidak pernah putus untuk Puteri Sarah dan anak-anak.

Memandangkan Puteri Sarah dilantik sebagai duta Primavalet, satu photoshoot bersama pihak Primavalet telah pun diadakan. Sesi photoshoot ini turut disertai Datuk Yusof, Datin Patimah, Syaikhul dan Sumayyah. Banyak moment menarik sepanjang photoshoot ini berlangsung.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Primavalet, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Datuk Yusof menitipkan pesanan khas untuk Puteri Sarah. Pesanan yang tulus ikhlas dari hati Datuk Yusof berkisar mengenai kehidupan dan jodoh itu menyentuh hati warganet.

Semua sedia maklum, Datuk Yusof menyayangi Puteri Sarah seperti anak sendiri. Apa sahaja yang terjadi pada menantunya ini, Datuk Yusof antara insan pertama yang hadir memberikan sokongan. Deep sungguh pesanan Datuk Yusof itu dan wajah Datuk Yusof juga kelihatan sedih.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Mungkin kah tahun ni tahun akhir sarah raya kat Malaysia. pesan dato tadi pun semua sebak.. siap doakan sarah lagi. sapa yg tak sedih berbelas tahu jadi menantu. lepasni jadi menantu keluarga lain pula.. “

” Mertua dari syurga. 1 dlm sejuta pon xjamin jumpa.. Pesanan dan doa ikhlas dr Datuk. Moga Sarah sentiasa bahagia.. kita yang nangis dengar pesanan datuk untuk sarah tu.. “

” Untung sgt sarah dpt mertua yg anggap dia mcm anak kandung sndri.. jauh renungan mata Datuk tu.. tok xleh sorok muka sedih tok tu. sabar ye tok. cucu tok tu tetap cucu tok. mak kepada cucu tu pulak tetap anak tok. jgn sedih2 tok.. “

” Haaa kita tak boleh la orang tua cakap macam ni.. air mata mesti macam air terjun.. Sedih pula dgr datuk yusof punya nasihat.. “

” Datuk Yusof dan Datin Patimah memang mentua dari syurga betul la.. Sgt deep nasihat datuk.. Allahuakbar sygnya mertua kpda menntu kita yg touching.. “

” Kenapa rasa nak nangis ni.. saya dengar pun sedih. tengok muka datuk sedih camtu.. mungkin ini raya terakhir Sarah di Malaysia, siapa tahu.. “

” Sebaknya tengok dato.. tiber pula air mata terkeluar.. jarang2 brlaku mcm ni..biasa family mentua mesti bekap anak dia baik punyaa.. “

Pesanan azimat yang menyentuh hati sesiapa sahaja yang mendengarnya. Datuk Yusof sememangnya mentua dari syurga dan satu dalam sejuta. Semoga Puteri Sarah akan menemui bahagianya bersama insan tersayang dan dikurniakan kebahagiaan yang berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Primavalet, Tiktok cahayalieza  

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific Dark Spot Set

Trending

Copyright © Berita Kopak