Artis / Selebriti
” Sebaknya baca dan tengok video. Sambil baca, sambil menangis.. ” – Komen Netizen
Video Anzalna Nasir membantu sebuah keluarga membeli kelengkapan raya buat ramai tersentuh. Baiknya Anzalna sampai bawa balik rumah. Paling sebak part satu family naik motor dengan bawa barang-barang penuh..
Meninjau di akaun Instagram milik Anzalna Nasir, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Anzalna ada bertemu sebuah keluarga sedan menjual kuih raya di hadapan sebuah bank. Anzalna mengambil keputusan untuk berkongsi rezeki bersama keluarga tersebut.
Kelihatan keluarga itu ada seorang ibu dan dua anaknya. Anzalna membawa mereka ke butik Jakel untuk mencari pakaian raya. Tulis Anzalna, wanita tersebut mahu kembali berniaga kuihnya di hadapan bank. Namun, hajatnya dihalang oleh Anzalna kerana pada ketika itu sudah hampir waktu Maghrib dan Anzalna membuat keputusan untuk membeli semua kuih raya yang dijualnya.
Anzalna terus membawa tiga beranak itu ke rumahnya dan mengajak untuk berbuka bersama-sama sementara menunggu suami wanita tersebut datang mengambilnya dan anak-anak mereka. Tulis Anzalna lagi, mereka tidak sempat berbuka puasa bersama kerana suaminya sudah datang.

Sementara itu, Anzalna juga memuji sikap wanita tersebut sangat baik dan tinggi budi pekertinya. Perkongsian video oleh Anzalna ini telah mengundang rasa sebak warganet. Ramai yang meluahkan rasa tersentuh menonton video dan membaca apa yang ditulis oleh Anzalna serta mengucapkan kata terima kasih kepada Anzalna kerana sudi membantu keluarga itu.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Sebaknya baca dan tengok video. Terima kasih Anzalna, sudi membantu.. I doakan Allah gandakan seratus juta kali kekayaan and kebaikan untuk you one family. such an inspiration and very down to earth.. “
” Sambil baca, sambil menangis.. Semoga dikurniakan rezeki yang melimpah ruah seluas lautan buat Anzalna sekeluarga. Dipermudahkan urusan segala. Aamiiin.. “
” Moga kak anzalna & family sentiasa murah rezeki. dan semoga kami semua pon murah rezeki supaya dapat bantu ramai org mcm kak Anzalna.. “
” Sya tahu anzalna memg seorg ibu yg baik…. Teruskan berbuat baik ye sya doakn awak dan suami mlimpah ruah rezki dri Allah.. “
” Sedihnya baca. Terima kasih Anzalna dan suami. Semoga digandakan lagi rezeki Anzalna sekeluarga.. Alhamdulillah, Allah rezekikan orang baik bertemu orang baik.. “
” Orangnyg tinggi budi pekerti. Tahu tidak meminta2.. Moga Allah kurniakan segala gala kebaikan utk kakak itu dan kluarganya.. “
” Masyallah, sis.. U have such a gold heart… So touching to see this video.. See your son touch the boy pipi and sayang him, it shows how you teach him how to love and care for other people tak kira siapa pun.. “
Pastinya ramai yang menitiskan air mata menonton video yang dikongsikan oleh Anzalna ini. Sungguh jelas kelihatan raut wajah anak beranak ini begitu gembira dihadiahkan pakaian raya dan bantuan daripada Anzalna. Didoakan semoga Anzalna selepas ini semakin dimurahkan rezeki lagi kerana sering membantu orang yang memerlukan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG anzalnanasir88
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mama ayah ingat Myra just video call untuk wish Happy Anniversary.. ” – Amyra Rosli
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Yosh punya tone sangat sedap. Perghh, silap-silap boleh menyanyi dekat pentas AJL.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mak ai rumah dusun, bapak luas. Dari luar pun dah cantik, masuk dalam lagi wow.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Berdekah aku dengar jawapan Spacedollah. Jawapan Bella memang brilliant.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lagu Perkeso dia ya Allah, tak boleh berhenti ketawa. Start Baby nyanyi aku dah berdekah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Selfie seorang balik dah dia. Be strong Kamal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sama cantik sama padan. Mak Shila masih muda dan cantik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedapnya suara Yosh. Merinding dengar, lunak dan gemersik macam Amira Othman.. ” – Komen Netizen


