Connect with us

Artis / Selebriti

” Sebak weh, bukan Fafau je menangis, air mata jantan aku pun mengalir.. ” – Komen Netizen

Video Luahan Seorang Pemanggil Hot FM Merindui Arwah Ayahnya Undang Sebak Ramai. Alahai Sedihnya, Sampai Fafau Pun Menangis Juga Mendengar Perkongsiannya !!

Meninjau di akaun Instagram milik radio Hot FM telah dikongsikan video yang memaparkan geng Bekpes Hot iaitu Fara Fauzana, AG, Johan dan Bidin menerima satu panggilan daripada seorang lelaki bernama Aman. Menerusi video itu, pada awalnya Fafau bertanya kepada Aman, jika dapat diulangkan masa, waktu manakah pilihannya.

Fafau memberikan pilihan kepada Aman sama ada mahu mengulang masa ketika waktu sekolah rendah, sekolah menengah, di universiti ataupun ketika remaja. Namun jawapan yang diberikan Aman adalah waktu bersama dengan orang yang tersayang.

Kata Aman, masa yang paling indah adalah ketika bersama kedua ibu bapa tanpa perlu memikirkan hal-hal lain. Sambil nada agak sedikit sebak, Aman mengatakan kini dia berada di kampung dan sedang menguruskan tanah arwah ayahnya. Ketiadaan arwah ayah di sisi ketika ini membuatkan Aman rasa kosong.

Sempat Aman memohon maaf dan memberikan kata kiasan di kampungnya sekarang sedang hujan (Aman menangis). Mendengar luahan Aman itu, dilihat Fafau juga mengesat air matanya dan turut bersedih. Sehingga kini, video panggilan daripada Aman telah menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak mendengar luahan Aman dan pelbagai respon diberikan mereka. Antara komen-komen menarik adalah :

” Sebak weh, bukan Fafau je menangis, air mata jantan aku pun mengalir.. Tapi, seyes. Mmg sedih. Dibuatnya pulak ada lagu mcm ni, membuatkan dua kali sedihnya.. “

” Dgr suara abg td dia menahan sebak teringatkan arwah ayah dia sbb dia tak dpt luangkan masa dgn arwah abah dia.. Kita yg dgr pun sebak.. “

Walau termissed kenapa fafau sedih. Tgk fafau nangis pun automatic boleh nangis kena pula lagu mengundang sedih kecewa ni.. “

” Terima kasih min Hot FM.. sudi layankan permintaan kami nurtizen ni. Tapi betullah.. No wonder fafau hujan lebat dlm konti, sebak dgr suara abg man tu.. “

” Ye saya dgr pagi tadi… Sedih sayu pilu bila sosok tubuh org tua kita dah pergi tinggalkan kita.. Rasa mcm nak kembali zaman kanak2 pimpin tgn, peluk2.. “

” Tq mengingatkan kami semua… InsyaAllah akan cuba spend time dengan yang tersayang walau macamana sibuk sekalipun.. Btw menangis terusk aku dengar tadi luahan mamat ni.. “

” Betul.. Klu di undurkn mse.. Mmg tsknk.. Sbb mse kecik sye trlalu la brharga.. Masa fmly sye brstu… Skang kite cuba ttup buku tp kite masih cuba buat y trbaik.. “

Sebak sungguh mendengar luahan daripada Aman. Sesungguhnya merindui orang yang kita sayang yang sudah tiada sangat menyakitkan. Benarlah, masa tidak dapat diundurkan, jadi hargai lah masa bersama kedua ibu bapa kita kerana masa bersama mereka mungkin singkat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG hotfm976

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan.. 

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT