Artis / Selebriti
” Sebak baca ayat abah untuk Bilal ni. Deep sangat.. ” – Komen Netizen
Bingkisan hati Haris Ismail sempena ulangtahun kelahiran anak sulungnya, Muhammad Bilal yang ke 3 tahun buat warganet sebak. Begitu menusuk ke hati bait-bait ayat Haris ni. Hati seorang abah..
Meninjau entry di akaun Instagram Haris Ismail, telah dikongsikan sekeping gambar yang memaparkan Haris bersama anak sulungnya, Muhammad Bilal. Gambar itu menunjukkan Ustaz Haris sedang berdiri untuk mengerjakan solat, manakala Bilal pula berdiri di hadapan Ustaz Haris.
Kapsyen Ustaz Haris pula agak panjang kali ini. Mengimbau kenangan ketika usia belasan tahun dahulu, bulan Januari adalah bulan yang paling tidak digemari kerana perlu kembali ke asrama. Namun situasinya berbeza sejak Haris sudah bergelar abah.
Bilal lahir pada bulan Januari dan kini ianya menjadi bulan kegemaran Haris. Jika dulu sering terfikir apa jadi setelah menjadi seorang ayah, sekarang Haris memahami setelah adanya Bilal dan Abbas. Rela berkorban apa sahaja demi anak-anak, itu yang Haris rasai.

Sempena ulangtahun kelahiran Bilal yang ke 3, Ustaz Haris menitipkan doanya untuk Bilal. Harapannya masih seperti sebelum ini, inginkan Bilal menjadi anak yang baik, yang boleh memandikan dan solatkan jenazah dirinya apabila tiba masanya. Bilal juga diharapkan untuk menjaga uminya dan menjadi seorang yang bijak dalam agama.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 16 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Tahniah abah dan umi Bilal.. selamat ulangtahun kelahiran Bilal sayang.. Aamin ya mujib semoga mohmad bilal membesar sihat dn soleh.. “
” Happy birthday bilal anak yang soleh. Aamiin ya rabb.. Ooi sodeh ooi hati ibuku membacanya. Sebak.. moga bilal membesar menjadi anak soleh dan musleh.. “
” Not me crying reading the caption.. Betul. Utk seorang ibu dan seorang ayah, anak adalah segalanya. Biar hilang segalanya, tapi bukan anak. selamat ulangtahun kelahiran ke 3 tahun Muhammad Bilal.. “
” Comel betul gambar ni.. Indahnya susunan bicara seorang abah untuk permata hatinya.. Sanah Helwah anak abah, Bilal.. “
” Beautiful words, make me cry.. Happy birthday Muhammad Bilal.. semoga bilal menjadi anak yang soleh sebagaimana impian abah dan umi.. “
” Happy birthday Muhammad Bilal semoga jd anak yg baik Dan sentiasa dlm lindungan Allah Amin ya rabbal alamin.. “
” Kapsyen tu sebak baca.. Best nye dpt ucapan mcm nie.. untung nye Bilal.. Al-fatihah utk ayah sy.. “
” Happy 3rd birthday Abang Bilal. Sekejap je dah 3 tahun.. sebak baca ayat abah untuk Bilal ni. deep sangat.. entah kenapa TERmengalir air mata bab ketajaman janggut kena ke pipi.. How I miss the moment.. “
Bingkisan hati yang tulus dan ikhlas daripada seorang abah dan harapan yang menggunung untuk Bilal. Semoga segala harapan dan doa Haris untuk Bilal dimakbulkan oleh Allah. Selamat ulangtahun kelahiran Muhammad Bilal daripada kami di Berita Kopak.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Haris Ismail, IG Neelofa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ni nak tanyalah, apasal kau pergi ambil tauke kueh ni. Aku ni Chef menunggu tau.. ” – Datuk Chef Wan
-
Artis / Selebriti4 days ago” Giler aku gelak weh. Dia start dengan Anwar Ibrahim je aku dah berdekah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Masyaallah, merdunya laungan azan Uwais.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Afwa pun join trend ni, bagus dia lead takbir raya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dah lama Mama Bella pendam tu. Dengan kita sekali nangis dengar Mama cakap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Wow petanda apakah ini, macam betul je. Terkejut tengok gambar ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia mari dengan kecek Kelate pulop doh. Lawak la Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen

