Artis / Selebriti
” Sebak aku dengar. Dah berhabis menahan air mata dah tu si Ubai.. ” – Netizen

Video Luahan Hati Ubaidillah Setelah Selesai Majlis Akad Nikah Dengan Shila Amzah Buat Ramai Sebak. Bila Sebut Impian Arwah Mak, Terus Bergenang Air Mata Ubai. Mak Yang Bersungguh Tetapi Sayang Tak Sempat Melihat Anak Nikah !!
Selesai sudah majlis pernikahan antara Shila Amzah dan Ubaidillah beberapa jam yang lalu. Perancangan untuk menyatukan hubungan mereka ini telah dibuat awal dan orang yang paling teruja untuk melihat Ubai dan Shila bernikah adalah arwah ibu Ubai.
Menerusi akaun Instagram Official Hlive, telah dikongsikan satu video temuramah antara pasangan pengantin baru ini dengan pihak wartawan. Ubai menzahirkan rasa syukurnya ke hadrat Allah kerana segala perancangan mereka berjalan dengan lancar.
Tambah Ubai lagi, sebelum bermulanya majlis akad nikah, dia sudah ‘banj1r’ dengan air mata kerana mengenangkan arwah ibunya. Ini adalah amanat akhir daripada arwah ibu Ubai supaya meneruskan pernikahan ini walau apa jua yang terjadi kepadanya.
Dalam menahan sebak, Ubai berkata sepatutnya arwah ibunya akan duduk di belakang ayah Shila ketika majlis ijab dan qabul tadi. Namun apalah daya, takdir Allah atas segalanya dan arwah ibu dijemput Ilahi tahkala hanya berbaki beberapa hari sahaja majlis bahagia mereka ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 13 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Hati pengantin tgh gundah gulana. X boleh nk happy lelebih sbb khilangan org2 penting dlm hidup. Shila pun terkesan sama. Sian dorg.. ”
” Sed1hnya.. Haritu anak arwah ‘king’ Redzuan hashim pun mcm tu, dekat anak nak kawin, arwah pergi. Semoga kekal berbahagia. Selamat pengantin baru.. ”
” Seb4k aku dengar. Dah berhabis menahan air mata dah tu si Ubai.. Semoga Ubai kuat. Ketiadaan parents di hari bahagia mmg sebak. Moga both bahagia hingga ke akhir hayat.. ”
” Alhamdulillah mabruk .. Allah ambil satu Allah ganti satu.. semoga mak ubai ditempat dlm kalangan para syuhada.. ”
” Sblum bertunang hilang adk, sblum bernikah hilang mak.. kuat btl kau ubai.. al-fatihah.. semoga berbahagia hingga ke jannah.. ”
” Semoga Ubai sabar kerana ibu tersayang telah pun pergi.. kuatnya ubai menghadap semua dugaan ini. Allah pasti bagi kemanisan atas keduk4an.. ”
” Dalam gembira disatukan, keduk4an h1lang mak tu tak dapat disorok. Allah lebih sayangkan mak ubai. Pegang pesanan arw4h mak kuat-kuat ye Ubai.. ”
Sesungguhnya Allah sebaik-baik Pengatur, sehebat mana pun perancangan kita sebagai hambaNya, pasti tidak sehebat rencana Allah. Semoga arwah ibu Ubai tenang di sana dan buat pasangan mempelai, selamat berbahagia dan mengharungi alam rumahtangga dengan aman.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Official Hlive
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen