Artis / Selebriti
” Sebab tu masa Ryzal duduk Korea dulu kulit macam Ji Chang Wook.. ” – Ryzal Ibrahim
Video Ryzal Ibrahim dan Maryam You Narae kongsi video makanan yang mereka order di sebuah restoran di Korea raih perhatian ramai. Beza betul menu orang Korea makan dengan orang Malaysia makan. Patut lah kulit cantik..
Baru-baru ini pempengaruh media sosial terkenal, Ryzal Ibrahim, telah berkongsi video-video percutian sepanjang pulang ke kampung isterinya, Maryam You Narae di Korea Selatan. Perkongsian video-video oleh Ryzal tersebut telah menarik perhatian ramai.
Salah satu video yang menjadi perhatian adalah video ketika Ryzal berada sebuah restoran di Korea. Menerusi video itu, Ryzal ada berkongsi menu-menu makanan yang dimakan oleh orang Korea kepada warganet. Kata Ryzal, orang Korea lebih banyak makan sayur berbanding kita orang Malaysia.
Semua menu makanan yang ditempah oleh Maryam adalah 9 jenis sayur dan hanya 1 lauk sahaja iaitu daging. Kata Ryzal, menu daging itu pun hanya untuk dirinya sahaja kerana orang lain hanya memakan menu sayur bersama nasi.

Seloroh Ryzal di ruangan kapsyen dengan menulis, dahulu ketika Ryzal menetap di Korea, kulit wajahnya seperti Ji Chang Wook gara-gara hanya makan sayur sahaja. Sehingga kini, video Ryzal itu telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian Ryzal dan bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh Ryzal mengenai pemakanan orang Korea. Antara komen-komen menarik adalah :
” Setuju Ryzal.. Banchan Korea kebanyakan nya sayur sayuran ek.. Pastu culture banyak berjalan kaki.. sihat selalu.. Suka dengan life dorang.. “
” Saya campak dalam tomyam.. Tmato,kubis bunga, kubis, jagung, carrot, kacang panjang..Semua 2 in 1 senang.. Org Korea masak asing2, kesabaran dyeorg memasak memang terbaiklah.. “
” Orang Malaysia pun banyak ulam ulam. Tinggal nak dengan tanak makan je, lagi2 budak sekarang, Ulam pun tak kenal. Sayur pun tak makan.. “
” Iyaaaa and also they walk alot kan. Acik2 tua pun gagah lagi jalan kaki and naik public transport.. Pemakanan pun mereka jaga yer.. “
” Owh saya suka saya suka.. Boleh telan semua tu hehe.. Tekak Saya boleh makan kalau sayur byk2 ni, suka pegi Thailand. Dorang pun makan ulam2 byk tpi nasi ciput je.. “
” TU tgk crita off to the sea. Diorng punya mkn sayur, smpai kita plk caving. Dia bt steamboat, daging ada lah bbrpa potong lain smua sayur.. “
” Kenapa eh.. Klo sayur Malaysia selected sikit tapi tgk sayur korea ni cam smua bleh telan.. Smua nmpak sedap.. “
Patut lah kulit orang Korea cantik-cantik, tengok sahaja lah pemakanan mereka. Perkongsian Ryzal pada kali ini sangat menarik. Menu-menu yang dikongsikan tersebut dilihat sangat lah menyelerakan meskipun ianya hanyalah menu sayur-sayuran.

Silakan SHARE..
Sumber : IG ryzalibrhm
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti3 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ya Allah, kenapa bijak sangat ni Lala. Menekan sungguh ye headvoice tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Rasa nak nangis pulak dengar ucapan Mama YB.. ” – Komen Netizen

