Artis / Selebriti
” Seandainya kalau kata saya ada buat salah, saya minta maaf.. ” – Jep Sepahtu
Video Jep Sepahtu menjawab persoalan dirinya bergaduh dengan Shuib Sepahtu dan Mamat buat ramai tersentuh. Sebaknya dengar kata-kata Jep..
Ramai yang menyangka hubungan Jep Sepahtu bersama 2 sahabatnya, Shuib Sepahtu dan Mamat Sepah dingin dan tidak okey. Ini kerana sudah bertahun-tahun mereka tidak bertemu dan banyak spekulasi yang berlegar di media sosial mengenai persahabatan mereka.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Official Hlive dan Tiktok Rembawang, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan live terbaru Jep semalam. Jep dengan tenang menjawab persoalan warganet mengenai isu pergaduhan bersama Shuib dan Mamat.
Jelas Jep, dia tidak pernah bergaduh dan ada masalah dengan Shuib dan Mamat. Untuk Jep, tiada urusan kerja antara mereka bertiga dan itu tidak bermakna mereka berkelahi. Segala apa yang pernah Jep keluarkan kenyataan sebelum ini adalah sekadar pembetulan untuk menjernihkan keadaan.

Jep juga secara terbuka memohon kemaafan sekiranya dia ada berbuat sebarang silap. Sempena bulan Ramadhan yang berkah ini, Jep hanya mahu kan ketenangan dalam hidupnya. Apa yang penting, Jep tidak pernah mengaibkan dan memburukkan sahabat-sahabatnya itu.
Jom tonton video di bawah :
@lanzazlan88
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Bulan mulia ni, blh la buang ego dan bermaafan. Semua org buat silap.. alhamdulillah semoga bulan Ramadan tahun ini adalah asbab permulaan kamu bertiga bersatu kembali.. mak gua peminat setia lu bertiga tau.. “
” Isu depa Ni Bila mak shuib masuk campur ja.. tapi mak shuib bersuara sebab ramai yang kecam seolah shuib punca ketika tu. benda dah lepas, rasanya dorang pun ok je.. “
” Yang saya tk paham skrng… byk kali dah jep explain.. still jugak orng kata dia yang lupa kawan. pening pening.. jep ni elok je diam tak cakap apa apa.. “
” Puncanya dalam podcast selalu perli member, pendengar pun boleh faham walau tak tuju direct. Itu la yg punca org ingatkan bergaduh. Tak suka pergi la jumpa depan. Ni cakap belakang². Ramai peminat rindu Sepah/Sepahtu macam dulu dulu.. “
” Dah ada lampu hijau masing2 jumpa dah berbaik sesama islam.. sepah atau sepahtu dah ada kenangan bersama.. masing2 dh tua dah nitezen je lebih2 diorang okay je cuma tk jumpa itu je.. “
” Harap nanti ada lah comeback Sepahtu.. kita doakan baik2 semoga sepah akan buat comeback.. amin.. betul laa tue jep mamat suib okey just xada masa lepak..masing2 sibuk rambut pun dah uban.. “
” Jep ni walaupun jenis suka bahan member tapi dia masih lagi pandai tutup aib kawan kawan dia. Apa yg boleh dia tutup. Dia akan tutup sebab malas nak panjangkan cerita.. “
Bagi pihak Jep, tiada apa yang hendak digaduhkan dengan Shuib dan Mamat kerana kedua-duanya tetap sahabat Jep. Mungkin masa belum mengizinkan untuk tiga sahabat ini bertemu mata. Sama-sama kita mendoakan agar persahabatan yang renggang ini kembali akrab seperti dahulu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Officialhlive, Tiktok Rembawang
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ngakak tengok perangai dorang ni. Sekufu, sesudu dan segarfu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Saya pakai shawl yang sama sebab itulah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sakitnya tu sampai di sini. Sebak hati tengok dia datang kubur panggil nama anaknya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kan dah kena sembur, padu dan mantap lah. Marah orang sabar lagi menakutkan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dah macam wiper Saga lama dah Mirul, cramp perut aku ketawa, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku ni berapa kali ulang nak tengok baby bump. Berseri-seri Mira.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” 1st time tengok KJ tak confident. Tak tentu arah KJ dibuatnya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bila tak sempat ikut resepi, tapi sempat ikut menari je.. ” – Abby Abadi

