Artis / Selebriti
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen
Video rakaman live salah seorang penonton Grand Finale Talk To My Manager ketika Amad Dayyan berada di pentas sebelum rebah buat warganet meremang bulu roma. Waktu Amad dirukyah pun ada sebut perempuan. Seram dengar suara tu..
Warganet masih lagi bercerita mengenai kejadian Amad Dayyan rebah di pentas Grand Finale Talk To My Manager. Bukan disebabkan masalah kesihatan, ianya dikatakan berkaitan dengan unsur mistik. Sama ada percaya atau tidak, satu demi satu bukti dikongsikan di media sosial.
Beberapa jam yang lalu, Siti Sairah ada berkongsikan video keadaan Amad mengadu bahunya berat dan menahan kesakitan sebelum naik ke pentas. Kini tular pula video rakaman daripada salah seorang penonton TTMM yang menunjukkan moment sebelum dan ketika Amad rebah.
Lebih memeranjatkan, kedengaran satu suara misteri daripada seorang wanita menjerit-jerit perkataan ‘ sakit’ sebanyak 3 kali dalam video ini. Selepas jeritan misteri itu, terus kelihatan Amad rebah dan kru produksi bergegas mengangkat Amad untuk dibawa ke belakang pentas.

Mungkin ramai yang tidak mempercayai perkara ghaib seperti ini dan mengatakan Amad berdrama. Menerusi perkongsian video pemilik akaun Tiktok talktomymanager, dapat dilihat Amad dibantu oleh seseorang di belakang pentas dengan bacaan rukyah, ada disebut perkataan ‘perempuan ‘. Seperti ada kaitan antara 2 video tersebut.
Jom tonton video di bawah :
@uncle_mayul 12 Oktober 2025. Konsert Grand Finale Talk To My Manager. Artis : @⚗️AMAD⚗️ Manager : Ibu @sitinursairahtarudin_new Apa yang terjadi Amad tetap nombor satu di hati Amadzon. Semoga ALLAH sentiasa menjaga dan melindungi Amad, ibu dan seluruh ahli keluarga di dunia dan akhirat. Amin.. #amaddayyan #sitisaerah #amadzon #talktomymanager #fyppppppppppppppppppppppp
@talktomymanager semoga amad diberikan kesembuhan sepenuh & comeback stronger🥺 #amad #talktomymanager #ttmm #fyp #foryou
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Tengok IG amad baru update .. memang perempuan yang kacau.. seramnyaa.. Allahu kesian ahmad dia kecik lagi . apebenda laa hantar bukan-bukan.. kalau tkena benda mcm ni memang berat dibahu… siapa x tkena x kn merasa.. siapa tkena tahu la mcmna.. “
” Uishhh sape cakap sakit tu.. dia jerit sakit sakit macam bunyi menakutkan , macam orang yang tengah jerit tu yang rasa sakit.. “
” Scarynya dengar orang yang jerit sakit sakit tu.. suara dia tu macam kena rasuk.. Bila dia jerit tu terus amad sakit kan. Sebelum tu nampak dia ok je.. “
” Betul Weih mula tak dengar, baca nie ulang balik , 3 Kali dia ulang nauzbillahimilzoliq dasyat nya netizen ,Seram tiba-tiba.. “
” Perasan x ade suara perempuan jerit nama amad 3 kali lepas tu jerit lagi sakit sakit sakit Allahuakbar Subhanallah semoga semuanye baik ii dan semoga amad cepat sembuh.. “
” Ade 2 Jeritan 1 laki 1 perempuan jeritnya “ahmad ahmad ahmad” ” sakit sakit sakit” .. lain mcm jeritnya.. Tak mustahil ada unsur khianat dan sihir penyebab Amad rebah tu.. “
” Entah entah yang jerit sakit sakit sakit tu takde pun kat situ weh sebab tu takde yang tahu suara tu dari mana.. seram bila dengar suara dia. macam bukan suara manusia.. “
Agak menyeramkan mendengar rakaman ini, apatah lagi jeritan menyebut perkataan ‘sakit’ itu. Sama ada benar ianya ada unsur sihir atau tidak, sama-sama kita mendoakan agar kesihatan Amad dan semangatnya kembali pulih seperti sediakala. Pada Allah kita berserah dan pastinya Allah akan menunjukkan kebenarannya.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Uncle Mayul, Tiktok Talk To My Manager, Tiktok Kamarulzaidi_
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti1 day ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Bella ni apa je tak leh buat, multitasking betul. Cantik betul gubahan dia buat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Adoi Syafiq Kyle, tersedak aku makan dengar dia karok. Terkejut dengar, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kak Lina salah makan ubat gegat ke tadi ni. Risau tercabut kepala tu kang Kak Lina, haha.. ” – Komen Netizen

