Artis / Selebriti
” Sayu hati melihat kasih sayang anak beranak ni. The best ever stepmom.. ” – Komen Netizen
Muatnaik gambar Watie Hanifiah sedang memeluk Ayash Affan yang tengah kesejukan, perkongsian Shuib Sepahtu membuatkan ramai tersentuh..
Menerusi perkongsian terbaru Shuib Sepahtu di akaun Instagram miliknya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat isterinya, Watie Hanifiah bersama anak bongsu Shuib, Ayash Affan. Watie kelihatan sedang memeluk Ayash yang sedang dalam kesejukan.
Shuib diam-diam merakam telatah Watie melayani Ayash namun ianya disedari Watie tidak lama selepas itu. Watie melemparkan senyumannya dan terus memeluk Ayash. Shuib turut mencoretkan luahan hatinya untuk Watie di ruangan kapsyen posting ini.
Coretan Shuib berbunyi ‘ Mummy Ayash. Terima kasih untuk kasih dan sayang ini mummy. I Love U So Much ‘. Kasih sayang yang Watie curahkan untuk semua anak-anak peninggalan arwah Siti Sarah sememangnya tulus dan ikhlas. Warganet yang melihat cara Watie melayani anak-anak juga merasai keikhlasannya itu.

Ramai juga yang memuji Watie seorang ibu tiri yang baik dan penyayang. Bukan mudah untuk menemui ibu tiri yang sebaik Watie. Seronok melihat kasih sayang yang terjalin antara Watie dan anak-anak tirinya. Watie menyantuni mereka seperti anak-anak kandung sendiri.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 16 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Alhamdulillah Watie hadiah terindah buat Shuib dan anak-anak.. Tengok pun sedih… nampak betapa sayangnya watie kat ayash.. “
” Ayash menumpang kasih pada mummy.. mummy pun menumpang kasih pd ayash abg dn kkak.. “
” Adui sayu hati ini melihat kasih sayang anak beranak ni.. The best ever stepmom.. jadi anak soleh ye Ayash.. nanti boleh jumpa ibu dan mummy di syurga. Ameen YRA.. “
” Wati ni nmpk ikhlas sgt syg anak.. tu pun ada yg dengki.. mcm2 dugaan dia kena hadap .. mummy hebat.. tak ramai yg boleh buat seikhlas itu.. “
” Kalau ayash tau pengorbanan arwah ibu melahir kan ayash.. Wati juga ibu yg hebat kerana sudi menjadi ibu utk anak2 ini.. “
” Wati ni baik sgt. sy nmpk keikhlasan dia sygkn ank2 dia. brtuah shuib dpt wati. dpt isi kekosongan anak2 yg nk kan kasih syg seorang ibu.. “
” Wati ni insan terpilih, MasyaAllah SubhanAllah AllahuAkbar.. Bertuah Ayash dpt. mummy yg baik dn syg kt Ayash.. “
Allah sudah mengaturkan yang terbaik untuk Shuib dan anak-anak. Alhamdulillah anak-anak arwah Siti Sarah dapat menumpang kasih sayang daripada Watie. Semoga kebahagiaan Watie bersama Shuib dan anak-anak berkekalan sampai bila-bila dan sentiasa dalam lindungan Allah selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shuib Sepahtu, IG Watie Hanifiah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Akhirnya, Jep mention Shuib. Tiba rasa bergetar bila dia sebut nama Shuib. Sungguh aku rindu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Finally Bella sendiri beritahu apa isi sampul envelope putih YB Saddiq tu. Kan betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Tapi in real life saya takkan lepaskan pada orang lain eih.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti2 days ago” Padahal dia lagi muda dari Neelofa tapi kematangan PU Riz tu, MashaAllah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Meminta sangat Mr E ni eh. Rasa-rasa tidur luar tak lepas buat statement tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku bayar mahal-mahal pergi salon, Erra juga dapat nama.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Congrats Ayda for the 3rd baby. Cantiknya nama baby Ayda.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” I like your mum’s song.. ” – Azzahra Jiwa

