Artis / Selebriti
” Sayu dan sebak tengok Adira cium tangan Tok Red. Pertahankan mahligaimu wahai Tok Red.. ” – Netizen
Video Dato’ Red Bersalaman Dengan Adira Sebelum Adira Berlepas Ke Tanah Suci Menyentuh Hati Ramai. Part Adira Cium Tangan Dato’ Red Sebak Sangat. Sedih Sungguh Tengok Muka Dato’ Red !!
Menerusi akaun Instagram Abg Red, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Adira Suhaimi bersama Dato’ Red di dalam kereta sebelum Adira pergi mengerjakan ibadat umrah. Sekali pun video ini tidak memperdengarkan apa yang mereka perkatakan, namun ianya menyentuh hati ramai warganet.
Adira masih tetap isteri yang solehah dan menghormati Dato’ Red selaku suami. Dapat dilihat, Adira bersalaman dengan Dato’ Red sebelum melangkah keluar kereta untuk memasuki ruang perlepasan untuk penerbangan ke luar negara.
Wajah Dato’ Red yang sugul membuatkan ramai di kalangan warganet tersentuh hati. Cara Dato’ Red memandang Adira juga membuatkan ramai yang sebak. Mungkin Dato’ Red berat hati untuk melepaskan Adira ke Tanah Suci seorang diri. Tangan Adira juga lama digenggam oleh Dato’ Red sebelum tangan Dato’ Red dikucup.

Melihat situasi ini, ramai yang mendoakan agar Adira terbuka hati untuk membatalkan niat berpisah dengan Dato’ Red. Ramai juga yang berharap agar Dato’ Red dan Adira bakal kembali bersama dan mempertahankan rumah tangga mereka.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Dato’ Red ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :
” Sayu dan sebak tgk Adira cium tangan Tok Red. Pertahankan mahligaimu wahai Tok Red.. ”
” Olohh sweetnya, sedih pulak.. ” – Emma Suhaimi
” SeMogA adira kekal jadi isteri dato.. semoga usaha dato untuk berubah ni.. terbukak pintu hati adira untuk dato.. ”
” Makcik doakn agar jodoh a.b.g.r.e.d dgn adira kekal hingga ke jannah.. membina semula rumahtangga rukun dn damai.. ”
” Kami netizen2 ini pn sama2 mendoakn agar jodoh mereka kekal hingga ke jannah.. membina semula dr keruntuhan.. ”
” Sedih tengok muka dato red yang nampak sayu.. Semoga Dato Red dan Adira tak jadi berpisah.. sy rasa adira isteri yang hebat.. ”
” Moga adira tak jadi berpisah dengan dato red. Allah lembutkan hati adira.. Jgn lepaskan wanita mcm ami… Moga Allah jaga kalian sehingga syurga.. Aamiin… sebak plak hati kite datok.. ”
” Seorang isteri yg tahu menjaga maruah suami dan isteri yg baik bukan semua isteri dapat kekal kan hubungan baik semasa macam2 berlaku.. ”
Hanya Allah yang boleh mengubah pendirian Adira dan ramai yang mendoakan agar hati Adira akan lembut untuk kembali bersama Dato’ Red. Kita hanya merancang tetapi Allah jua yang menentukan mana yang terbaik untuk Adira dan Dato’ Red.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Abg Red
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti3 days ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti2 days ago” Since i been like alone, I macam tak biasa but.. ” – Engku Aleesya
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti2 days ago” Habis lah seminggu Papa sindir gitu ler Kak Lina. Papa balas halus je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen



