Artis / Selebriti
” Sayang betul Fatima dengan daddy dia.. ” – Netizen
Video Gelagat Anak Fazura, Nur Fatima Aisya Ketika Berada Di Majlis Hari Lahir Kenalannya Buat Peminat Terhibur. Amboi Nyamma, Satu-Satu Cokelat Dia Ambil Nak Bagi Pada Daddy. Siap Nak Bukakkan Pembalut Lagi, Comel Sungguh !!
Berbaki lebih kurang 3 bulan sahaja lagi, anak sulung kepada pasangan Fattah Amin dan Fazura iaitu Nur Fatima Aisya bakal menginjak usia 2 tahun. Pelbagai telatah Fatima yang mencuit hati peminat dan Fatima juga semakin banyak akalnya sekarang.
Meninjau akaun Instagram Jetaime.fattzura, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Fatima ketika menghadiri majlis hari lahir salah seorang kenalan mommy dan daddynya ini. Turut sama hadir pelakon Farah Nabilah dan anaknya, Andre Omar.
Dalam video tersebut, Fatima yang aktif ini berlegar di meja hidangan yang tersedia makanan ringan seperti coklat dan manisan lain. Mengambil salah satu coklat tersedia, Fatima laju sahaja meluru ke arah daddynya menunjukkan coklat tersebut.

Alahai Fatima, semua benda hendak diberikan pada daddynya ini. Bila Fattah menyuruh Fatima mengambil manisan itu banyak-banyak, Fatima mengulangi ayat daddynya ini. Comel sangat Fatima, sayang betul pada daddy. Apa-apa semua dahulukan daddy dia.
Jom tonton video di bawah:
Perkongsian ini telahpun meraih lebih 2000 tanda suka daripada peminat sejak ia dikongsikan. Antara komen-komen peminat :
” Comel Fatima, cute sangat. Sayang betul Fatima dengan daddy dia. Anak yang solehah ni.. “
” Haduhai, pandainya Fatima, ger4m tengok Fatima. Budak bijak, suka tengok telatah dia.. “
” Bukan main comel muka Nyanma, pandai dia cakap tump4h. Kecil kecil dah alert.. yang penting coklat untuk daddy haha.. “
Fatima sememangnya manja dengan Fattah dan situasi ini normal kerana anak perempuan kebiasaannya rapat dengan ayah. Amboi Fatima, bila ada daddy di depan mata, mommy pun Fatima buat tak layan je, haha.

Penghibur hati daddy dan mommy sangatlah Fatima ini. Makin bijak dan petah mulutnya tu. Apa-apa pun, semoga Fatima membesar dengan sihat selalu, menjadi anak yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Jetaime.Fattzura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

