Artis / Selebriti
” Sayang ayah dia, pandai ambil hati ayah.. ” – Netizen

Video Sambutan Hari Ulang Tahun Kelahiran Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa Yang Ke 62 Tahun Bersama Anak Dan Cucu- Cucunya. Comel Jer Ucapan Happy Birthday Aafiyah Pada Ayahnya !!
Setiap kali tiba hari ulang tahun kelahiran, pastinya kita ingin meraikan hari lahir tersebut bersama melakukan majlis sambutan hari lahir bersama dengan ahli keluarga yang dicintai. Begitu juga dengan penyanyi no 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza yang membuat sambutan hari ulang tahun kelahiran buat suaminya, Datuk Sri Khalid Mohamad Jiwa atau dikenali sebagai Datuk K.
Datuk K menyambut kelahiran yang ke 62 pada 18 Februari yang lalu. Meninjau ke laman Instagram milik kelab peminat Datuk Siti, telah dikongsikan video sambutan hari ulang tahun kelahiran Datuk K yang ke 62 tahun. Kelihatan Aafiyah dan cucu-cucu Datuk K mengerumuni Datuk K dan teruja melihat kek yang dipegang oleh Datuk K.
Masing-masing bereb0t mahu menyentuh lilin yang dipasang pada kek tersebut. Boleh dilihat kek tersebut bertemakan Ferrari. Lagu happy birthday turut dinyanyikan oleh ahli keluarga Datuk K. Kedengaran suara Aafiyah mengucapkan ‘happy birthday ayah’ kepada Datuk K ketika Datuk K meletakkan Kek di atas meja. Datuk K kelihatan gembira dan tersenyum lebar mendengar ucapan dari anak perempuan kesayangannya itu.
Pastinya Datuk K rasa seronok kerana hari ulang tahun kelahirannya di sambut sederhana tetapi meriah bersama dengan keluarga tersayang termasuk anak, menantu dan cucunya. Menerusi kapsyen yang ditulis mengatakan sambutan secara kecil-kecilan hari ulang tahun kelahiran Datuk K dan juga sempat berselor0h mengenai baby bump Datuk Siti yang semakin besar.
Jom tonton video di bawah:
https://www.instagram.com/p/CLof1SBDhNI/
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata memuji Aafiyah yang sangat cerdik bercakap apatah lagi pandai mengambil hati Datuk K. Antara komen-komen yang dit1nggalkan:
” Siti Aafiyah tak sabar.. cerdik afiyah.. Happy birthday ayah.. Comel jer bckp.. Sayang ayah dia.. Pandai ambil hati afiyah.. Cerdik dh dia.. ”
” Uu comelny afiyah.. Ramai peminat Dato k.. Aafiyah 19Mac birthday ..tiap bulan birthday.. ibu.. ayah.. Aafiyah.. next baby boy.. ”
” Comelnya aafiyah..happy birthday ayah.. ”
Sambutan hari lahir sebenarnya memadai dengan kehadiran ahli keluarga dan orang-orang yang tersayang. Itu sudah cukup membahagiakan hati orang yang disambut. Pastinya Datuk K sangat terharu dengan sambutan yang dibuat oleh ahli keluarganya itu.
Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran yang ke 62 tahun buat Datuk K. Semoga Datuk K dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan, bahagia di samping keluarga tercinta dan hidup sentiasa diberkati Allah SWT. Amin.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ctdk Austria
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Viral4 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu Shafnie Zainudin in one frame.. ” – Shafnie Zainudin