Connect with us

Artis / Selebriti

” Saya tengok kat Tiktok awak menyanyi, kenapa awak menangis. Jujur Ami, jujur lah.. ” – Dato’ Red

Video Dato’ Red Bertanya Kepada Adira Suhaimi Kenapa Menangis Ketika Menyanyi Semasa Live Baru-Baru Ini. Ini Jawapan Adira, Patut Lah Adira Menangis. Ini Sebabnya, Alahai Sedihnya !!

Beberapa hari yang lalu, Dato’ Red membawa diri setelah tempoh iddahnya bersama Adira tamat. Bukan hanya Dato’ Red, malah Adira juga kelihatan sedih dan tanpa sengaja menangis ketika sedang menyanyi live bersama kakaknya, Emma Suhaimi.

Meninjau entry terbaru di akaun Tiktok Putehhhx, telah dimuatnaik beberapa buah video yang memaparkan live terbaru Dato’ Red bersama Adira. Mereka kelihatan gembira apabila dapat bersama semula. Bak kata Adira, mereka berdua sudah declare sebagai couple.

Pelbagai ragam dan gelagat lucu Dato’ Red dan Adira dapat dilihat menerusi video ini. Dato’ Red juga dalam nada berseloroh bertanya kepada Adira mengapa di media sosial Adira ada content tentang boyfriend baru. Cemburu rupanya Dato’ Red, kata orang cemburu itu tandanya sayang.

Bukan Dato’ Red sahaja yang cemburu, Adira juga ada terselit rasa cemburu dengan mantan suaminya ini. Kata Adira, kiri kanan Dato’ Red hendak ‘rembat’. Kali ini Adira pula yang membebel panjang sehingga kan Dato’ Red menukar topik perbualan mereka. Sempat juga Dato’ Red bertanya kenapa Adira menangis ketika menyanyi tempoh hari.

Jom tonton video di bawah :

@putehhhx

#abgred #datored #adirasuhaimi #adirasuhaimireal #datoredadira #abgredadira #adirasuhaimiabgred #adirasuhaimidatukred

♬ original sound – putehhhx – putehhhx

@putehhhx

#abgred #datored #adirasuhaimi #adirasuhaimireal #datoredadira #abgredadira #adirasuhaimiabgred #adirasuhaimidatukred

♬ original sound – putehhhx – putehhhx

Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Orang tua bercinta kalah kita ni haha. Dorang dah declare couple semalam. Ami kata arini ari kedua.. ”

” Kelakar la. kita pulak terhibur ya. ami kt sapa brni nk tok ketua langkah may4t dia dulu. nanti kawin kena buat kt stadium ni. ramai nk dtg.. ”

” Ni baru betul bercinta terang-terangan.. dulu2 tup2 khwin. btl2 satu2nya yg dsokong netizen.. ”

” Definisi orang tua bercinta, comel je heheh.. Org tua merajuk lbh best dr org muda.. comel la abg red marah ami.. ”

” Suka tengok Adira jujur orangnya.. lepas ami nak balas bagi berdas.. das pandai pulak dia tukar topik.. Habis la ketua dia buke semua cite ni. perempuan xpernah salah okay ketua. Nie semua salah ketua.. ”

” Salute dgn adira. jenis yang jujur dan suka berterus terang.. rugi klo ABG x nikah blik ngn adira.. ”

” Comel pulak dorang ni bila bercinta.. tu lah tanya lagi kan dah kene batang hidung sendiri… hahahha harapan palsu yer… piat telinga kang.. ”

Sweet dan berbunga-bunga hati warganet menonton live Dato’ Red dan Adira ini. Yang penting, Dato’ Red sudah ‘lock’ Adira untuk disunting menjadi suri hati. Semoga yang baik-baik sahaja untuk Dato’ Red dan Adira selepas ini. Fokus pada berniaga dan bina kembali keluarga bahagia ye Abang Red.

Silakan SHARE..

Sumber :  Tiktok Putehhhx

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT