Artis / Selebriti
” Saya tak pernah cakap ni pun dekat wife saya. Kalau wife saya tengok, saya minta maaf.. ” – Naqiu
Video Naqiu menangis bercerita mengenai anak autismnya, Alexander buat ramai tersentuh. Sebaknya dengar kata-kata Naqiu. Luahan hati seorang ayah..
Bukan mudah untuk ibu bapa yang mempunyai anak autism menjaga dan menjaga anak istimewa mereka. Kesabaran yang tinggi diperlukan demi memastikan anak ini terjaga. Itu lah realiti yang dihadapi oleh penyanyi terkenal, Naqiu setelah dikurniakan seorang anak autism yang bernama Alexander.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Kita Kita Aje Podcast, telah dikongsikan beberapa sedutan video yang memaparkan Naqiu hadir sebagai tetamu di podcast itu bersama hostnya, Datuk Aznil Hj Nawawi. Sebagai seorang bapa, Naqiu sangat risau memikirkan masa depan Alexander.
Menerusi sesi podcast ini, Naqiu meluahkan satu harapannya yang bakal mengejutkan isterinya. Kata Naqiu, dia tidak pernah meluahkan isi hatinya ini dan ini kali pertama dia memberitahunya kepada umum. Naqiu juga memohon maaf kepada isterinya sekiranya luahannya ini akan membuatkan isterinya marah dan kecewa.

Bait-bait kata yang diucapkan oleh Naqiu itu diiringi air mata yang berlinangan di pipi cukup untuk membuktikan berapa Naqiu sayangkan Alexander dan memikirkan kemungkinan yang akan terjadi pada masa akan datang. Jauh di lubuk hati Naqiu, itu yang Naqiu harapkan yang mungkin tidak semua bapa mampu menghadapinya.
Jom tonton video di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Nampak kejam tapi hanya parents ada anak special sahaja yang faham maksud tu.. walaupun dalam hati kami kata pada Allah – “tapi bukan sekarang Ya Allah!. Belum puas peluk dan belai anak ni”.. “
” Pendapat kte serupa Naqiu.. Ape yg i rasa mcm tu lah.. Kte as parents boleh tahan sakit utk kehilangan,tp ank2 istimewa ni tak tahu mcm mana hidup die akan dtg tanpa parents yg menjaga die selama ni.. “
” Bukan kejam. Tapi lebih kepada memikirkan masa depan mereka tanpa ibu bapa yg dah biasa menjaga dan memahami tingkah laku mereka..adakah orang lain mampu jaga mereka sepertimana kami ibu bapa yg menjaga..semoga anak2 istimewa ibu ayah sentiasa di bawah lindungan Allah SWT.. “
” Betul naqiu.. pergilah tanya mana2 parents yg ada ank special needs gini,itulah jawapan yg akan keluar dari mulut mereka. Kepada parents,anda semua hebat. Penat… Allah tahu,sbb tu Allah janjikan syurga pada mereka yg sabar.. “
” Mcm ni lah syy rasa .. biar anak sy pergi duluu sebelom saya.. sbb tkde siapa boleh jaga dia mcm mana sy jaga. tk semua orang faham kehendak dia , nangis dia , ape yg dia cakap. sakit kehilangan anak tu yee pasti tpi kalau kita tkde mcm mana dengan dia.. “
” Dh nape buat akk banjir jugakk.. Bertahun2 tahan x nak memikir hal hari tua akak atau hari tua anak autism akak.. Kalah juga akk bila tgk video ni.. “
” Sebenarnya itulah kasih dan cinta yg sebenar… jika mampu sekor nyamuk pon xboleh hinggap kat anak kita… inikan pulak memikirkan nasib ank kita jika kita tiada. lebih2 lagi yg istimewa. Semoga yg baik2 shj utk parents yg ada anak syurga.. “
Satu luahan rasa yang menyentuh hati ramai. Itu sebenarnya kasih sayang seorang bapa yang tidak mahu anaknya melalui detik sukar tanpa ibu bapa di sisi. Semoga Allah permudahkan segala urusan Naqiu dalam membesarkan Alexander.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Kitakitaajepodcast, IG Naqiu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti2 days ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

