Artis / Selebriti
” Saya tak nak Fatima pun jadi broken.. ” – Puteri Balqis
Video Puteri Balqis diminta untuk mengulas tentang surat terbuka yang pernah ditulis olehnya untuk anak Fattah Amin dan Fazura, Nur Fatima Aisya raih perhatian ramai. Rupa-rupanya ada sebab mengapa Balqis post surat terbuka tu..
Meninjau ke akaun Instagram Mediahiburan, satu video temubual bersama Puteri Balqis mengenai surat terbuka yang pernah ditulis olehnya sebelum ini untuk cahaya mata Fattah Amin dan Fazura iaitu Nur Fatima Aisya telah meraih perhatian ramai.
Menurut Balqis atau mesra dipanggil Aqish, dia tidak mahu Fatima melalui kehidupan yang sukar seperti dirinya yang melalui pengalaman pahit apabila ibu bapanya berpisah. Ini kerana Fatima lahir daripada keluarga yang ada ibu dan bapa yang amat menyayangi dirinya.
Walaupun kisah Fatima tidak seperti dirinya, Aqish menyatakan ia merupakan satu luahan buat dirinya sebagai seorang anak yang melalui kehidupan daripada keluarga yang berpecah-belah. Satu hari nanti Fatima akan faham apa yang dilaluinya kerana pada masa ini Fatima masih kecil.
Perkongsian video ini telah menerima lebih dua ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Dapat dilihat Aqish cukup matang dalam menuturkan kata-katanya dan mungkin kisah Aqish ini boleh dijadikan pengajaran buat ramai orang.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Balqis ni sngt cantik..suka tengok dia sejak dari kecik sampai ke besar.. matang sngt..x belah mna2..bg semangat pd ank.. “
” Knapa dgn fatimah”tengok elok ja”bnyk lg artis yg bercerai ada ank2 jgk”napa fatimah jgk yg dia nk sebut”tkut.jd mcm diaa ‘doa ja yg baik2 utk fatimah tu.. “
” Yang penting ayah Aqish lain, tapi ayah Yamma lain.. sifat dan rasa tanggungjawab seseorang itu xsama.. kami yakin Yamma tidak akan berkurangan kasihsyg dari mummy and daddynya.. doa yang baik2.. “
” X perlu samakan.. InshaAllah Fatima akan dpt yg terbaik dari daddy n mommy dia walaupun dh berpisah.. Rasanya situation aqish & fatima a bit different kot.. “
” Ank lama2 akn paham cm u juga mkin besar mkin paham masalah org dewasa.. kalau suami isteri da x leh sama x leh paham duk skli mndatang kan dosa je buat apa.. “
” Husnuzon lah.. dia nak meluahkan.. all the best aqish.. sama2 kita berdoa Allah mempermudah semuanya.. aamiiiin.. “
” Makin cantik. Tak kenal mula mula tengok tadi rupanya aqish.. percaturan Allah tu lbh baik n ada hikmah dik.. kita xtau.. kita doakan baik2 je.. “
Bukan mudah membesar dalam keluarga yang mana ibu dan bapa sudah berpisah. Kita doakan yang baik-baik sahaja buat Fatima dan semoga urusan kebajikan Fatima dalam membesarkannya dijaga baik oleh kedua ibu bapanya serta mendapat kasih sayang yang cukup daripada dua-dua belah pihak.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Media Hiburan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pandai Ina jawab, soalan kontroversi ni. Bila isteri bijak jawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Talita dah besar tone suara macam ibu. Suara serak serak macam tu, sebijik tau gaya Siti Sarah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Sampai tak perasan muzik dah dihilangkan. Vokal sangat best walaupun tanpa muzik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ko jangan sampai laki dia datang cek nadi ko.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Clean la, suara tak goyang, nafas pun clean. Power betul suara Hafiz, suara telan kaset.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Aku menangis teresak-esak weh part ni. Sedih dengar Shuib nyanyi lagu ni, lagu kesukaan Jep.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bila Kak Zie, main-main yer. Tak payah lah baca. Ye ke, bila, bila, haha.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Wah, gender and name reveal. Congrats Aina and Aqief.. ” – Komen Netizen