Artis / Selebriti
” Saya kena maki, dihina. Macam-macam mak aku buat, dipilih kasih.. ” – Komen Netizen
Terima komen keluahan seorang anak, video DS Aliff Syukri tidak dapat menahan sebak memberi nasihat mengenai seorang ibu buat ramai tersentuh. First time tengok Dato’ Aliff serius macam ni, sebak sangat dengar..
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Dato’ Aliff Syukri, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Dato’ Aliff menjawab satu komen warganet. Ianya mengenai keluhan warganet ini mengenai ibunya yang selalu menyisihkan dan membandingkan dirinya dengan adik beradik yang lain.
Dato’ Aliff memberikan nasihat yang cukup bagus untuk semua. Ibu selamanya adalah syurga untuk seorang anak kerana syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Kata Dato’ Aliff, tidak ada ibu yang sempurna dan tiada keluarga yang sempurna dalam dunia ini.
Semua orang ada kekurangan, namun Dato’ Aliff menegaskan ibu selalu betul. Apa jua yang ibu lakukan sentiasa lah berbuat baik dengan ibu kerana tanpa ibu yang melahirkan tiada lah kita di dunia ini. Apabila kita mempunyai anak, tentu kita akan faham mengapa ibu melakukan begitu.

Ayat-ayat yang Dato’ Aliff lontarkan menyentuh hati dan membuatkan ramai warganet menangis. Realiti yang benar-benar terjadi dalam kehidupan, ramai anak yang merajuk dan terasa hati dengan ibu sendiri sehinggakan menidakkan kehadiran seorang yang bergelar ibu.
Jom tonton video di bawah :
@papalarisofficial Membalas kepada @suzanazana4612
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Dato’ ni kdg nyampah tapi bila dia nasihat pergh… terus menusuk kat hati dan jantung… kata2 dia sangat berharga. Terbaik sampai menangis aku dengar nasihat ni.. “
” Dato’ asal buat saya menangis pagi pagi ni.. saya ni tak boleh orang cerita pasal emak. auto airmata tu laju je turun.. “
” “Tiada ibu yang Sempurna” . “Keluarga pun takda yang sempurna”.. betul apa dato aliff cakap tu.. ada keberkatan di sebalik kesabaran.. “
” Sebab syurga itu mahal. Bila mahal, kita kena menanggung sesuatu untuk membayarnya. Lepasi je dugaan yng satu, InsyaAllah ada kebaikan berganda datang.. “
” TerimA kasih Dato’.. saya skrg jaga ibu saya yg stroke.. Sy syg dia dunia akhirat.. saya suka nasihat dato ni.. ego seorang anak tak akan datangkan apa-apa manfaat pun.. “
” Sedihnya pulak kita, kita tak jumpa ibu sampai akhir hayat dia.. Setuju nasihat Dato.. jgn terasa hati atau merajuk lama² dan abaikan ibubapa kita. kita ada anak² dunia berputar.. “
” Betul kata Datuk nasihat yang terlalu baik dan mahal sekali . dato ni buat saya menangis dengar.. dato alif ni org yang baik hati mudah tersentuh hati nya bila becakap hal ibu ibu terbaik dato.. “
” Apa yang DATO sampai kan ni.. Saya betul betul tersentuh saya pun di banding kan adik beradik lain juga.. Kadang terasa tapi saya memilih untuk diam.. Terima kasih dato atas nasihat dato.. “
Tiada ibu yang sengaja ingin menyakitkan hati anaknya. Pasti ada penyebabnya yang membuatkan si ibu bertindak sebegitu. Satu perkara yang perlu sentiasa disematkan dalam hati, jangan kecil hati dengan ibu dan sentiasa lah berlapang dada. Pasti ada kemanisannya untuk orang yang sabar.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Aliff Syukri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ini ialah video permohonan maaf sebab aku rasa aku baca.. ” – Aidid Marcello
-
Artis / Selebriti4 days ago” Melopong CP Sarimah tengok Hadie nyanyi lagu Jamilah. Auto in character jadi sopan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Belum makeup pun dah macam Tokti. Sekali makeup, fuh cantik betul. Tokti versi kurus sikit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lah perangai kelakar mak dia jugak. Ceria macam mak dia. Blur tu comel je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adeh belana la daddy, orang punya lah rahsiakan. Macam tu je Shuib reveal eh, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka tahan tapi suara tak boleh tahan. Sumpah lawak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia campur 4 buah lagu sekaligus. Sekali lagu Senario pun ada, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Lunara ni kalau nak attention, dia akan buat-buat batuk. Dia pandai berlakon.. ” – Intan Najuwa


