Connect with us

Viral

” Saya berjaya menghubungi, berbual dan whatsapp dengan tuan punya komen tu.. ” – Mona Din

Perkongsian Puan Mona Din mengenai komen pemilik akaun Butik Pelamin Pengantin dan video live viral berkenaan isu adik Zara Qairina dimasukkan dalam mesin basuh. Tak sangka itu sebenarnya..

Pemergiaan pelajar tingkatan 1, Zara Qairina masih menjadi perbualan hangat warganet. Sekalipun sudah lebih 2 minggu Zara berlalu, asbab pemergiannya masih menjadi tanda tanya, apatah lagi ibu Zara mendakwa pemergian anaknya itu ada kaitan dengan kejadian buli yang dihadapi oleh Zara di asrama sekolah tersebut.

Pelbagai andaian mula timbul lebih-lebih lagi setelah keadaan mayat Zara didedahkan. Satu demi satu cerita timbul di media sosial dan salah satunya komen daripada pemilik akaun Butik Pelamin Pengantin. Individu ini mendakwa pemergian adik Zara adalah disebabkan Zara dimasukkan ke dalam mesin basuh.

Semalam juga viral video seorang wanita memperkatakan mengenai isu kejadian mesin basuh ini menerusi live di Tiktok. Sedikit sebanyak komen dan video itu mempengaruhi dan menjejaskan emosi warganet. Menerusi perkongsian di akaun Facebook aktivis Mona Din, perkara sebenar telah pun didedahkan.

Kata Mona Din, dia berjaya menghubungi pemilik akaun tersebut dan bertanyakan lebih lanjut serta mendapatkan kesahihan tentang kejadian yang diceritakan dalam komen itu. Apa yang peliknya, ibu Zara sendiri tidak mengenali individu ini.

Jom baca perkongsian di bawah :

Sehingga kini, lebih 4000 tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian tersebut. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Buat live sebab engagement dan gift. Harap polis tangkap dia sebab mengganggu siasatan dan timbulkan huru hara dalam masyarakat.. “

” Penunggang isu.. buat live buat org percaya diri tu betul.. siap jawap pertanyaan lg konon.. kalau dia tahu kenapa buat live, x p balai terus.. Oii naa teruk oh spesis bgini.. ambil kesempatan jaa.. “

” Jangan pandai2 oii buat andaian.. semua nak jadi orang terpaling tahu.. jem jugak kepala ada orang gini.. orang tu baru hilang anak dengan cara yang kejam,kau netizen sibuk nak buat andaian itu ini.. “

” Tak faham jenis manusia yang buat andaian pastu komen terpaling macam bukti depan mata. Viral da sampai percaya ada yg kata dia kawan ibu zara.. “

” Allaahuakbar. kenapalah suka sangat menyibuk seolah pegawai penyiasat terlebih tahu. Tolonglah. pada yg tak berkenaan jangan menambah kebimbangan dan kesedihan rakyat Malaysia dgn andaian yg tak berasas. kalaupun betul. tunggu lah sampai siasatan selesai. Moga Allaah tunjukkan sebenar-benar kebenaran kepada kita semua.. “

” Benda mcm ni dia boleh buat andaian.. Dia ingat ni dia tukang tilik ka apa.. Langsung xjga hati dan prasaan kluarga arwah.. “

” Siap cakap bukti cctv dh ditemui, pihak polis dh dpt vdeo footage tu aaaih alih2 andaian , kita ingat betul la ceritanya.. Melampau la .. mengganggu emosi tau bila dgr arwah kena masuk dlm mesin basuh. Terlalu kejam. Rupanya ANDAIAN je.. jgn main2 benda mcm ni.. “

Perasaan amarah warganet juga meluap-luah pada pembuat andaian ini. Isu serius yang melibatkan nyawa tidak sepatutnya dibuat andaian sehingga membuatkan warganet percaya dengan semua ceritanya itu. Apa-apa pun, sama-sama kita tunggu kenyataan daripada pihak peguam ibu Zara.

Silakan SHARE..

Sumber : Facebook Mona Din

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Shampoo Treatment Jungle Girl
Bohemian Handbag

Trending

Copyright © Berita Kopak