Artis / Selebriti
” Saya ada telefon ni tapi bukan untuk call.. ” – Pierre Andre

Setelah Sekian Lama Menyepi, Ini Perkembangan Terbaru Pierre Andre. Patutlah Tidak Pernah Nampak Apa-Apa Perkongsian Tentang Pierre Di Media Sosial. Rupanya Ini Sebabnya !!
Menerusi akaun Instagram Media Hiburan, perkongsian sesi temubual bersama Pierre Andre telah meraih perhatian ramai. Pierre merupakan seorang pelakon dan juga pengarah yang sudah sekian lama tidak muncul di kaca televisyen. Ramai peminat merindui kemunculan Pierre.
Menurut Pierre, dia lebih selesa dengan kehidupannya kini tanpa sebarang media sosial. Malah Pierre juga tiada mempunyai nombor telefon sendiri dan hanya menggunakan telefon pintarnya untuk mencari maklumat. Segala urusan untuk menghubunginya hanya melalui isteri.
Ramai yang kagum dengan Pierre yang boleh menahan diri daripada sebarang media sosial di zaman serba canggih ini. Jadi tidak hairanlah Pierre jarang ditemui di mana-mana platform media sosial kerana Pierre tidak mempunyai akaun media sosial peribadi.
Perkongsian video ini telah menerima lebih 1 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Kehidupan Pierre ini mengembalikan semula suasana sekitar tahun 90 an di mana pada masa itu penggunaan media sosial tidak meluas.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Baru sembang ngan kwn 2 hari lepas… kitorg teringin nk hdp zaman xde fon….ya allah… bagus nye zaman tuuu…tenang dan aman je…tp skrg xblh buat mcm tu dah… “
” Bagusnya, Bro protecting his peace. Respect.. Betul… Sbb skrang ramai dh org mati sebab fon/sosial media. Weh, lama betul tak tgk dia. rndunyaaaaaa semua filem2 dye. Cool man on earth. Masih hensem seperti dulu. “
” Bru je layan citer lama², rindu weh dgn pierre, sbb karya² dia mmg best.. Ni bukan green flag ni, dia dh tahap the whole forest jungle bukit gunung ganang.. “
” Hari demi hari ku lewati,dri hati ke hati.. rindu lagu ni dlm filem dia muka surat cinta tu.. kenapa terus in love ye tgk Pierre kali ni aduuhhh.. “
” Bestnyaaa.. betull.. lebih tenangg.. Sebab tu dia tak ada gosip. Suami aku pn tkde fb.. Tkde ig.. Tiktok dia ak yg install sbb asyik suruh ak je beli barang.. “
” Bagus, i pun nak mcm tu satu hari nnti.. Nampak dia lagi matang tenang compare dgn dulu. Nampak dia happy dgn life sekrng .. “
” Macam arwah mak saya, handphone PON xde,bukan tak mampu beli,dia yg tak nak,dia cakap,tak nak tambah dosa,bila ada hp mulalah ada aje yg bergosip,bila adik beradik mak nk bcakap dgn dia,call abah.. “
Sebagai peminat, kita perlulah menghormati keputusan Pierre yang tidak mahu mempunyai sebarang media sosial dalam kehidupannya. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Pierre Andre berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya dan membuat comeback dalam industri hiburan.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Media Hiburan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Mula ada rasa tu di perjumpaan yang ke berapa ? ” – Chiwan
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” First time tengok bacheloratte diisi dengan usrah. Ni baru betul kahwin kerana Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Sekali mee goreng tu boleh pula terbang dekat leher Kepom. Mengekek gelak, haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Senyum je Mama tengok YB Saddiq panggil Bella ‘Sayang’. Lembut je YB panggil Bella tu.. ” – Komen Netizen