Artis / Selebriti
” Satu je aku belajar bila tengok Amir ni, selalu bersyukur dengan apa yang ada.. ” – Netizen

Perkongsian Termoj Production Mengenai Kesukaran Yang Ditempuh Oleh Amir Untuk Ke Pentas The Chosen One Buat Ramai Tersentuh. Kesusahan Yang Amir Langsung Tak Ungkit Dan Merungut. Malunya Rasa Dengan Amir Ni !!
The Chosen One sudah pun berlalu dan ini membuatkan peminat setia program itu merindui sang Juara, Amir Sisi. Guru Amir yang membantu Amir sepanjang minggu untuk program ini ada juga berkongsikan perihal Amir untuk mengubati rindu peminat terhadapnya.
Siapa sangka, di sebalik kejayaan Amir ada sesuatu yang disembunyikan oleh anak bertuah ini iaitu kesusahannya dalam mempersiapkan diri untuk setiap persembahan saban minggu. Meninjau akaun Tiktok Termoj Production, telah dikongsikan salah satu dugaan Amir yang tidak pernah diceritakan sebelum ini.
Membuat perbezaan antara Amir berlatih menyanyi di bandar dan di kampung, nyata ianya jauh berbeza. Jika di bandar, segalanya serba lengkap dan selesa, namun tidak di kampung Amir. Hanya dengan menggunakan bantuan lampu solar kecil, ada kalanya Amir terpaksa berlatih dalam gelap.
Sudah terbiasa hidup sebegitu di pedalaman, semangat Amir tetap kuat dan hasilnya Amir berjaya menjadi juara. Setiap kesusahan pasti ada kemanisan yang Allah janjikan pada penghujungnya. Serba kekurangan tetapi Amir tak pernah bercerita dan mengeluh, malah Amir selalu bersyukur dengan apa yang ada.
Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :
@termoj.production6 Banyak sebenarnya cabaran unuk untuk ke pentas The Chosen One. kadang perlu berahsia untuk menutup keaiban orang lain. Doakan kami #skrpskemar #kisahdaririmba #diaridaripedalaman #termojproduction #bahagiaitusyukur #fyp #harumanterindah #amirsisi #adikamir #astroceria #juarathechosenone #termojproduction
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih hampir 900 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Dengan berbekalkan Nawaitu yang baik, InsyaAllah, Allah S.W.T. akan permudahkan segala urusan. Terima kasih Ustaz dan Cikgu semua.. ”
” Amir kena percaya bahawa sesuatu yang pahit itu akan manis akhirnya.. Semoga Amir terus success dan buat guru-gurunya juga.. ”
” Mulianya cikgu, semoga sentiasa di dalam rahmatnya.. cute adik amir semoga menjadi anak yg soleh dah ingat pesan uncle awie jgn ambil benda terlarang terus berjaya amir dan tahniah cikgu yg membimbing.. ”
” Terbaik Amir, bukan senang nak simpan rahsia. Hebat Amir.. semoga Amr menjadi anak yang soleh.. jaga diri, semoga dilindungi Allah.. ”
” Amir nyanyi lagu apapun siap bertaranum.. rindu kn persmbhn dr adik amir. Inn Shaa Allah , pasti ada hikmah disebalik semua kejadian ini.. ”
” Rindu persembahan unuk. Tp tak mengapa demi ms depan teruskan pelajaran ugama dan kehidupan brsama cikgu2 dan ustaz disana.. ”
” Kita semua nmpk kepayahan, pgorbanan, kerja keras, doa n tawakal bkn saja Amir tapi semua team Termoj Production. doa kami pada kalian.. ”
” Satu je aku belajar bila tengok Amir ni, selalu bersyukur dengan apa yang ada. Amir ajar kami perkara yang paling mahal dalam hidup yang selalu orang lupakan.. ”
Dalam kepayahan Amir, anak kecil ini dan guru-gurunya tetap cekal demi sebuah kejayaan. Kisah Amir yang dapat dijadikan sumber inspirasi dan pembakar semangat untuk semua. Semoga Amir terus maju jaya baik dalam pelajaran mahupun nyanyian.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Termoj, Tiktok Amir Sisi Unuk Official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Amira hadir di masa Fattah berada di titik terendah. Tak kan Fattah tu kena menduda sampai bila-bila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Masya Allah, cried my eyes out reading the caption.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen