Connect with us

Artis / Selebriti

“ Sanah Helwah Ustaz, seronok tengok family Ustaz.. ” – Netizen

Ustaz Syed Mohd Norhisyam Kongsi Video Surprise Sempena Hari Lahirnya Daripada Anak-Anak Dan Isteri Tercinta. Sempat Lagi Ustaz Bergurau Dengan Anak-Anak Ya !!

Ustaz Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang Al-Idrus merupakan seorang penceramah bebas yang diminati ramai. Ustaz Syed juga seorang penulis buku dan Ustaz Syed sering muncul di kaca televisyen menerusi pelbagai program realiti TV berbentuk keagamaan seperti Tanyalah Ustaz dan Halaqah.

Meninjau ke akaun Instagram Ustaz Syed, satu perkongsian video surprise daripada anak dan isteri tercinta telah dimuatnaik sempena ulang tahun kelahirannya di rumah. Ustaz Syed kelihatan begitu gembira apabila keluarga besarnya itu bersepakat membuat kej0tan sebaik sahaja Ustaz menuruni anak tangga rumahnya.

Sambutan itu diraikan dengan hidangan special nasi kampit dan rendang yang dimasak khas untuk Ustaz Syed oleh isterinya.  Apa yang menarik, suasana kej0tan itu bertambah ceria apabila anak-anak dan isterinya menyanyikan lagu sannah helwah dan memberikan hadiah untuknya. Alahai, so happy family.

Ustaz Syed sempat lagi bergurau dan berteka-teki dengan anak-anaknya tentang isi hadiah yang diberikan oleh isterinya dalam video itu. Ustaz Syed juga kelihatan begitu teruja dan happy apabila dirinya menerima hadiah berbentuk sebuah dompet dan seutas jam tangan serta tidak lupa mengucapkan terima kasih kembali untuk isterinya.

Jom kita tonton video di bawah :

https://www.instagram.com/p/CIcFgA8JEA-/

Sambutan hari lahir Ustaz Syed nampak simple tetapi meriah dengan kasih sayang yang dipamerkan antara anak-anak dan isteri. Ramai yang mengucapkan ucapan selamat hari lahir kepada ustaz dan mendoakan kebaikan untuknya. Antara komen-komen yang dit1nggalkan :

“ Sanah helwah ustaz.. Sanah Helwah habibi syeihkna ustaz syednorhisham yg ke 30.. Alhamdulillah bahagia tgk.. seronok tgk family ustaz.. semoga berbahagia hingga syurga.. ”

“ Selamat hari ulang tahun kelahiran ustaz.. semat jetak arr lps ni.. paka jam baru.. dgn clutch horr.. Happy birhday ustaz.. semoga di beri umur yang barokah.. ”

“ Semoga swntiasa dalam rahmat Allah.. bahagia dunia dan akhirat.. Aamiin.. So sweet la family ni.. So sweet.. Ustaz manja ngan isteri.. Moga kekal hingga ke Jannah Allah swt.. ”

“ Happy Birthday ustaz.. comel ank dara ustaz.. mcm umi nya.. Sanah helwah ustaz.. Sama dgn birthday anak pompuan sy hari ni.. Kelakor la ustaz nih.. happy family.. ”

“ Sanah helwah ustaz.. Kita sama besday.. Selamat panjang umo ustaz.. Syukur Alhamdulillah.. happy slalu.. Ustaz ni.. ertertaining father.. Mabrook alaik.. ”

“ Sanah helwah ustaz.. moga berbahagia dgn family tersayang.. Moga Allah lindungi sokmo.. Lanjut usia, lapang rezeki.. Ameen.. ustak nie wat klako sokmo la haha.. ”

“ Sannah helwah ustaz.. moga bahagia dunia akhirat, diberi kshtn skmo.. sweet ngt terr.. Happy birthday ustaz.. Menu memang paling Best.. Terbaik ustazah.. ”

Alahai, ceria betul ustaz dapat surprise birthday daripada keluarga tersayang. Pastinya sambutan ini adalah salah satu penghargaan dan tanda ingatan buat ustaz bagi mencipta kenangan bersama-sama. Apa pun kami mengucapkan selamat hari lahir kepada Ustaz Syed dan semoga sentiasa sihat dan bahagia di samping keluarga tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber: IG syednorhisyam

Artikel ini disediakan oleh Berita Kopak. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT