Viral
” Sangat limited nak jumpa yang perangai macam arwah Nurly ni.. ” – Komen Netizen
Perkongsian cerita rakan sebilik dan rakan sekolah arwah Nurly Sahirah (UPSI) mengenai sifat Nurly sepanjang perkenalan mereka dalam satu podcast buat ramai tersentuh. Sahabat yang terlalu baik dan akan selalu dirindui..
Nama Nurly Sahirah masih meniti namanya di bibir warga UPSI dan ramai rakyat Malaysia. Pengakhiran hidup Nurly sangat indah dan pemergiannya dicemburui oleh orang ramai. Nurly tidak dikenali ramai ketika hayatnya, namun setelah Nurly pergi, darjahnya diangkat dan namanya menjadi sebutan ramai.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok UPSI Malaysia, telah dikongsikan satu video yang memaparkan podcast UPSI bersama rakan sebilik dan rakan sekolah tingkatan 6 Nurly. Antara sahabat Nurly yang berkongsi cerita mengenai Nurly adalah Maryam Azrai dan Ain Fatihah.
Nurly digambarkan sebagai seorang sahabat yang baik dan sangat prihatin terhadap kawan-kawan. Ada satu peristiwa yang mana Nurly berbesar hati membelanja makan kepada rakan-rakan sebiliknya setelah arwah mendapat gaji pertama bekerja sebagai guru mengaji online.

Nurly juga sangat menjaga tutur kata dan pandangannya. Jika orang lain sibuk mencari pasangan tetapi tidak untuk Nurly. Yang utama dalam hidupnya adalah pelajaran dan kedua orang ibu bapanya di kampung. Paling respect, cara Nurly menjaga penampilan dan batas auratnya.
Jom tonton video di bawah :
@upsi_malaysia PODCAST UPSI Siri 8: Nahas Gerik: Nurly – Sisi sahabat yang merindui (Rakan sebilik dan rakan sekolah tingkatan 6) #UPSI #universitiDiRaja #UPSIMalaysia #KPT #kementerianpendidikantinggi #ibukandungsuluhbudiman #PenerajuKebitaraanPendidikan #demiUPSI #viral #tiktokmalaysia #trending #foryourpage #fyp #trandingvideo #foryourepage
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Melalui cerita kawan2ny ni.. didapati arwah seorang yang suka mempermudahkan urusan orang lain dan suka membantu rakan.. “
” LebIh kepada keperibafian dan akhlak nurly yang banyak diceritakan , sikap dia dengan orang sekeliling dan menjaga maruah diri. jadi inspirasi kepada kaum wanita.. “
” Sangat limited nak jumpa yang perangai macam arwah Nurly ni.. Bertuah betul adik2 ni semua sbb dapat jadi sahabat arwah adik Nurly.. “
” Nurly roomate saya masa sem 2. kenal dia dari sem 1 sbb kita orang main handball skli. nurly ni baik sangat2. bayangkan tengah tunggu turn nak main handball dia tengah mengulang alqurann. dia tak tngai alquraan walaupun p mana. Allahu. orang yang selalu jaga solat awai waktu. dia baik sangattt.. “
” Ya Allah, baik sangat arwah Nurly ni.. Sungguh bertuah sape² yang bersama dengan arwah.. semoga dapat memberi pedoman pada kawan-kawannya Allahuakbar.. “
” Sahabat dan wanita yang sangat sangat limited arwah ni.. Arwah sangat baik. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.. “
” Asbab dari kejadian ni , banyak hati yg dijentik dan kembali pada fitrah. mula buka dan baca Al Quran, semoga ini mnjadi permulaan yg baik buat kami di dunia.. “
Kebaikan dan sikap terpuji Nurly yang akan sentiasa segar dalam ingatan kawan-kawannya ini. Nama Nurly akan terpahat di hati dan menjadi sumber inspirasi untuk tetap berbuat baik dan menjaga hubungan dengan Allah sehingga ke titisan darah terakhir. Al-fatihah untuk arwah Nurly Sahirah.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Upsi Malaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti22 hours ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Semalam pertama Ramadhan seisi keluarga berbuka di rumah DS Tengku Zawyah dan DS Rayyan.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti4 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adoi comel suara Nyamma. Kita lock, lagu raya tercomel.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Laju wey, siap drift lagi tu, hebat .. ” – Komen Netizen

