Connect with us

Artis / Selebriti

” Sampai terbaring si Putera tu punya lah lega Amir nak nyanyi, haha.. ” – Netizen

Video Di Sebalik Tabir Kejadian Ketika Rehearsal Sebelum Konsert The Chosen One Minggu 4 Yang Mendebarkan. Aduh Amir Merajuk, Sampai Cuak Putera Muhammad, Cikgu Dia Fadila Dan Semua Kru !!

Bukan perkara yang mudah untuk Putera Muhammad handle adik Amir. Emosi kanak-kanak tidak seperti orang dewasa dan banyak kesabaran yang diperlukan. Yang penting, perlu ada bertimbang rasa dan saling memahami benda yang susah pun akan menjadi senang.

Selalunya penonton hanya melihat apa yang disajikan di kaca TV persembahan Amir, namun banyak sebenarnya kejadian belakang tabir yang terjadi. Minggu ini agak mendebarkan untuk coach Putera Muhammad apabila adik Amir merajuk.

Meninjau akaun Tiktok Termoj Production dan nisaazmee, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika sesi rehearsal Putera Muhammad dan Amir. Turut sama ada di pentas adalah guru vokal Amir, Cikgu Dia Fadila. Pada awalnya Amir tidak mahu menyanyi dan coach Putera serta team memujuk Amir.

Betapa leganya coach Putera apabila Amir membuka mulut dan menyanyi. Sampai terbaring coach Putera mendengar suara Amir itu. Alahai Amir, boleh pecah jantung coach tau, hehe. Terus bersemangat coach Putera menyanyi apabila protege kesayangannya ini memberikan kerjasama.

Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :

@termoj.production6

@puteramuhammad_ Kemenjadian murid ini semua hasil teamwork semua guru2 skolah n ibu bapa yg dirumah tak lupa kepada team astro n coach putera#fypシ #berandafypシ #amirsisi #termojproduction #thechosenone #diaridaripedalaman

♬ original sound – Termoj Production – Termoj Production

@nisaazmee

Coach putera kerja lebih sikit minggu ni nak bagi vibe rock dekat adik amir. Sampai pengsan coach bila finally dgr suara amir 🤣 Tapi ape2 pon good job coach putera and amir ! #thechosenone #coachputera #amir #puteramuhammad #amirsisi #amirthechosenone

♬ original sound – nisaazmee – nisaazmee

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 52 ribu tanda suka dairpada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Bukan merajuk sbnrnya. Tp mmg fitrah anak2 mcm tu. Unuk life dia almost change 360′. Slow2 bru dia dpt adapt.. sweetnya tengok Putera Muhammad pelok Amir lepas selesai nyanyi tu.. ”

” Bukan merajuk.. member baru bangun tidur nk kena nyanyi mmg meragam la..budak2 biasa la.. da pjuk boleh je nyanyi.. jeheh.. ”

” Sebak nya Amir be strong okay. Jauhh amir sampai tahap ni. Sikit je lg amir. Satu Malaysia doakan amir ye nak.. ”

” Dia punya merajuk habis semua krew dok keliling dia nak pujuk punya pasal hehe. king betul adik amir. jgnkan krew kita pminat pun resah.. ”

” Ragam anak-anak begitulah…. apa2 pun.. sampai ketikanya dia tetap buat yang terbaik… all the best.. Fuh lega betul coach tu, sampai baring atas lantai haha.. ”

” Ala merajuk, comel muka.. goosebumps bai dgr suara amir ni.. amir jangan merajuk tau. kami semua tahu suara amir boleh pergi jauhhhh. boleh bawak lagu yg power power.. ”

” Amir Amir buat semua orang cuak. sampai terbaring si Putera tu punya lah lega Amir nak nyanyi haha.. suka lah tengok bonding putera dengan amir ni. sesuai gandingan yang padu.. ”

Tarik nafas lega semua orang yang ada di pentas, reaksi Putera Muhammad tu paling win lah. Selesai nyanyi terus dipel0k adik Amir. Bonding yang orang di sekeliling pun boleh rasai sayangnya Putera Muhammad pada Amir. Next week jangan meraj0k lagi ye Amir, pengsan coach dengan cikgu nanti hehe.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Termoj Production, tiktok nisaazmee, ig astro ceria

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT