Artis / Selebriti
” Sampai tak terkata ye bila orang tanya sayang macam mana, hanya deraian air mata.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Norman Abdul Halim mengalirkan airmata ketika temubual di Suria FM buat ramai yang sebak. Tak pernah lagi tengok Norman menangis macam ni, sampai tak boleh bercakap langsung..
Meninjau ke akaun Instagram Suria Malaysia, satu perkongsian video yang memaparkan kumpulan KRU di konti Suria FM telah meraih perhatian ramai. Kumpulan yang merupakan tiga adik-beradik ini iaitu Dato’ Norman, Edry dan Dato’ Yusry menjadi artis jemputan di Suria FM hari ini.
Menerusi video ini, mereka telah ditanya mengenai kasih sayang antara mereka dari dahulu sehinggalah kini. Dato’ Norman selaku anak sulung tidak mampu menahan sebak dan mengalirkan air mata apabila ditanya mengenai perkara tersebut.
Ternyata kasih sayang Dato’ Norman terhadap adik-adiknya tidak mampu diungkap dengan kata-kata. Manakala Edry pula menyatakan dia sentiasa teringat akan kedua-dua abangnya walaupun berada jauh di mata. Edry juga berterima kasih kepada mereka dengan kejayaan yang diperolehnya sehingga hari ini.
Yusry juga turut berkongsi mengenai hubungan adik-beradik mereka yang sememangnya sangat akrab. Bak kata pepatah, air dicincang tidak akan putus. Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Selalunya yg sulung dia relaks..x cakap..tp sekali ditanya mmg bole banjir.. air mata itu jawapannya.. huhuu this part touching nya tgk.. “
” Sampai tak terkata ye bila org tanye syg mcm mne..hanya deraian air mata je yg mampu menzahirkannye.. Norman ni. Tak banyak cakap tapi yang paling backup.. “
” Alamak abg long banjir smpai merah muka sulung mmg camtu jenis cool diam2 je tapi bab adik2 mmg fight all out.. “
” Betulah peribahasa orang dulu²”Air di cincang tak kn putus”. Itu lah dia adik beradik. ikut derai airmata kita… Masa bubar dl pn kita nangis apatah lagi kru.bros dah kembali.Boleh paham RASA bos Norman mcmne.. “
” Tiber aku pun sebak.. Aku ni bongsu and jarang nak ngam dengan anak sulung. Kerja aku asik nak melawan je tapi Allah swt izin aku ni di kelilingi dgn kawan ramai anak sulung.. “
” Yang sulung mmg camtu. bila nk luahkan psl benda gini dia bderai dulu air mata. tak tluah kalau psl kasih syg ni.. Betul yg baik ada tapi lupa nak cakap.. “
” Terharu tengok norman.abdulhalim tak boleh nak ckp sayang mcm mana. Abang yang baik .. Along mmg gini.. Sensitipp.. Ku tau sbb ku along.. “
Begitulah hubungan adik beradik yang patut dicontohi. Walaupun masing-masing sudah meningkat usia dan berkeluarga, mereka tetap rapat sepertimana mereka pada waktu kecil. Semoga hubungan silatulrahim antara mereka berkekalan sehingga akhir hayat. Amin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Suria Malaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Tak dengar langsung ambik nafas. Part tinggi tu macam sekali dia hembus je. Power lah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Sebelum kawin dengan suami saya, nenek cakap tak suka dia sebab.. ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terus daddy tak jadi kerja. Daddy yang melekat dekat Zara ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Dia takde isteri, tapi dia punya kawan-kawan yang baik dan prihatin.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Dengar suara Sallman jadi sedih pula. Suara SS dalam diri Sallman.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Semakin meledak Hael perform. Suara sedap, aura sangat memukau. Padu lah Hael.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Sedap suara Ina. Suami Ina masih kekok nak nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Tipu lah kalau tak terasa. Ada lah terasa sikit dengan Mummy tapi.. ” – Thamiera Chan