Artis / Selebriti
” Sampai tak terkata dah husband tu. Kalau aku, memang gelak dulu.. ” – Komen Netizen
Video Mona Allen prank suaminya, Pekin Ibrahim dengan mengenakan lipstik yang tebal sehingga bibir nampak besar buat ramai terhibur. Pekin siap cakap buruk dan malu nak keluar kereta. Part last tu, macam gitu je Pekin sental mulut Mona dengan tisu. Lawak lah, haha..
Meninjau ke akaun Instagram Mona Allen, perkongsian sebuah video yang memaparkan Mona mengenakan prank terhadap suaminya, Pekin Ibrahim telah membuatkan ramai terhibur. Mona mengenakan solekan lipstik yang sangat tebal pada bibirnya ketika suaminya, Pekin sedang memandu.
Tindakan Mona ini tidak disedari oleh suaminya. Apabila tiba ke destinasi yang dituju barulah Pekin sedar akan wajah Mona dengan solekan di bibir yang cukup tebal. Pekin tergamam dan sempat lagi bertanya adakah itu merupakan trend terkini.
Mona masih boleh membuat wajah yang cukup selamba dan ingin turun dengan wajah sedemikian. Namun dihalang oleh Pekin dan meminta Mona untuk membersihkan bibirnya. Anak di sebelah pun kelihatan agak pelik melihat wajah ibunya, hehe.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 4 ratus komen dari warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ramai yang tidak menyangka Mona seorang yang kelakar walaupun selalu membawa watak yang serius dalam kebanyakan drama lakonannya.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang terhibur apabila melihat prank Mona. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Suka ek buat prank. We want more.. Hahahhaha.. sgt thibur … moga bahagia utk kalian selamanya.. Tren apa benda nih? O trend eh? Blur pekin hahahahaaha.. “
” Ya Allah.. sampai tak terkata dh husband tu. Kalau aku, memang gelak dulu.. tak sempat nak prank2 ni.. hahahahahaha.. “
” Kak..serius talk dh mcm muka kak zila bakarin bila pakai lipstick cenggitu.. apa2 tetap santik sis..suami tetap sayang.. “
” Mabukkkkkk nengok mona.allen sabor pekin7words musim dia prank en somi dia nihhh .. mcm xcaya mona allen yg ku jumpa setahun yg lalu… lawok beno.. “
” HHAHHAHAHAA kylie jenner pun letak jawatan kalau die tengok .. Kalau abg mahu dia biar akk keluar macam tu jer.. “
” Kak..kau mcm tu pun still lawa…klu kita org dh mcm bibir kena kucing lepas bersalin.. Dia tkt nk ckp buruk byk2 kali dia petik tnye anak plk ..hahahaha..trenddd ehhh .. “
” Tu namanya filler filter ternyata takyah cucuk filler nyahhh.. pakai beberapa layer.. hah on point terus.. menyala nyiahhhhh .. “
” Adoi betoi la org kata nk caqi somi ni caqi hat sabaq , soft spoken tahniah sis mona you found the right one.. Dah habis lipstik ending di lap juga.. “
Boleh tahan kelakar juga Mona ni. Sempat lagi mengusik si suami dengan wajah yang kelakar. Nasib baik Pekin meminta Mona mencuci lipstik terlebih dahulu sebelum turun dari kereta. Kalau tidak boleh viral gaya Mona dengan lipstik tebalnya itu, haha..

Silakan SHARE..
Sumber : IG monaallen
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku la dua orang ni. Drama ek masing-masing, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dulu selalu tengok Rina makan, sekarang tengok Rian pula.. ” – Komen Netizen

