Artis / Selebriti
” Sampai hari ni suaranya masih crack dan dada sempit susah untuk bernafas.. ” – Shuib Sepahtu
Video Thalita sedang berlatih untuk persembahan Grand Finale Talk To my Manager raih perhatian ramai orang. Nampak struggle betul Thalita kali ini. Kesiannya Thalita, sampai Cikgu Shafi urut belakang badan..
Meninjau ke akaun Instagram Shuib Sepahtu, perkongsian sebuah video yang memaparkan anaknya, thalita sedang berlatih untuk persembahan di Grand Finale Talk To My Manager yang bakal berlangsung pada hari Ahad ini telah meraih perhatian ramai.
Thalita yang baru sahaja sembuh daripada deman Influenza dilihat begitu struggle untuk sesi latihan pada kali ini. Menurut Shuib, suara Thalita masih belum pulih, dada terasa sempit dan agak sukar untuk bernafas. Ia dapat dilihat ketika Thalita sedang menyanyi.
Cikgu Shafi juga membantu Thalita dengan mengurut belakang badan Thalita dan juga kepalanya. Walaupun begitu Thalita tetap bersemangat untuk meneruskan latihan agar dapat memberikan persembahan yang terbaik pada minggu ini.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Shuib juga meluahkan rasa serba salahnya kerana meletakkan Thalita dalam situasi sebegini dan berharap Thalita buat sekadar yang termampu.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang mendoakan kesembuhan Thalita. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Biar laaa org nak kata Dekta drama ke.. apa ke.. aunty ttp minat Dekta sejak Dekta nyanyi kat Bukit Bintang tau.. semoga ada rezeki untuk Dekta .. “
” Membayangkan yg dok urut2 badan thalita tu ibu yg tersayang . Thalita buat yg termampu. kami memahami. Go girl. walau apa pun Thalita tetap pilihan aunty .. “
” Allah kesiannya moga thalita cpt sembuh ada suara semua good luck syg .. biar jela thalita orang nak cakap apa pun. you buat je apa you mampu tau .. “
” Sedey nyer tgk mesej daddy & Thalita yg gigih, i wish all the best fr both of u & insyallah u can do it!! Ibu pasti tersenyum dan bahagia tgk thalita di syurga .. “
” Kesiannya dik Thalita. Kita semua doa Thalita pulih sepenuhnya dan dapat beraksi sebaik mungkin untuk Ahad ni. Abg nak tgok Thalita juara.. “
” Semangat talita…jgn rasakn ini Sebuah pertandingan…buat sehabis baik…anggap nyanyi dlm satu konsert yg besar…show them out there you real talent .. “
” Buat semampunya Thalita. Speedy recovery. Abaikan mulut2 orang yang berkata2 tak best tu. Ramai lagi yg stand behind u All the best .. “
Kami di Berita Kopak mendoakan semoga segala urusan dipermudahkan buat Thalita untuk persembahan di Grand Finale Talk To My Manager nanti. Pastinya ramai menantikan persembahan Thalita pada minggu ini kerana Thalita tidak menyertai konsert final minggu lepas.

Silakan SHARE..
Sumber : IG SHUIB SEPAHTU
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti4 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Saya tak pernah cakap ni pun dekat wife saya. Kalau wife saya tengok, saya minta maaf.. ” – Naqiu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Comel betul Dato’ Siti menari. Tak relaks yang seluar hijau tu. Nak patah pinggang nengok, hehe.. ” – Komen Netizen

