Viral
” Sama rupa macam arwah adik Zara. Macam mahu mengalir air mata.. ” – Komen Netizen
Gambar-gambar adik Anis yang memiliki wajah seiras arwah Zara Qairina, simpan hasrat ingin bertemu dengan ibu arwah Zara. Senyuman mereka paling nampak seiras, sebaknya tengok..
Sebelum ini pernah tular seorang remaja yang memiliki wajah persis seperti arwah Zara Qairina yang meninggal dunia akibat dibuli. Menerusi akaun Instagram YB Riduan Rubin, perkongsian beberapa keping gambar bersama remaja bernama Anis telah meraih perhatian ramai.
YB Riduan berkesempatan bertemu dengan Anis bersama ibunya di banguna Parlimen Malaysia bersama YB Datuk Matbali Ahli Parlimen Sipitang dan YB Ahli Parlimen Hulu Selangor, YB Tuan Mohd Haznizan Harun. Untuk info, adik Anis berasal dari Selangor.
Ketika pertemuan itu, adik Anis meluahkan hasrat ingin bertemu dengan ibu arwah Zara dan hasratnya itu telah pun disampaikan kepada ibu arwah Zara menerusi aplikasi Whatsapp. Semoga hasrat adik Anis tercapai dan dapat mengubati kerinduan ibu arwah Zara terhadap anaknya.

Jika dilihat wajah adik Anis ini begitu mirip dengan arwah Zara. Semoga wajah yang mirip ini menjadi pengubat rindu buat mereka yang merindui arwah, dan pada masa yang sama mengingatkan kita yang kasih sayang serta doa adalah penghubung abadi yang tidak akan pernah putus.
Jom lihat perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN -> untuk gambar seterusnya.. )
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Semoga adik ini boleh jadikan duta untuk kempen Anti Bully Seluruh Malaysia. macam kembar zara. Allah nak tunjuk seolah2 ada wajah zara di mana-mana mmburu pelaku dan penguasa penindas.. “
” Sama rupa macam arwah adik Zara. kenapa mcam mau mengalir air mata aku tengok gambar ni. biasala kan wjh kita ada 7 wjh di Dunia.. “
” Memang benar seiras yb. dengan arwah zara.. ada beza sedikit Dari mata. anis ni mata mcm ke arah cina.Arwah adik Zara ni mcm mata Korea.. “
” Mirip dgn arwah zara lah Adek Anis ni.. Jgn lupa jemput am yb.. terbaik yb justice for Zara.. tapi air muka tak sama.. “
” Iya.. mirip diorg lah..Ya allah….seiras betul yb.. Tnggu kedatangan kami ye yb.. mirip tapi tetap ada yg beda.. semoga jangan ada lagi yang mengalami seperti Zara Qairina Mahatir.. “
” Sebiji mcm arwah zara. ma btl ba muka drng riduan. Terbaik yb. allahuakbar.. dpt lah ibu arwah lepaskan rindu sekira adik anis jumpanya.. “
” Justice For Zara macam kembar Zara syukur terubat hati ibu Zara. ya sama BH terkejut sa BH nampk tarik tu ingat kan kembar.. “
” Sama tapi tak serupa.. Hr tu ada tegur dlm live.. Ramai tegur mcm. Arwah… Ada yg minta pegi la cuba jumpa ibu arwah zara.. “
Kemunculan Anis yang memiliki wajah mirip arwah Zara Qairina ternyata menimbulkan rasa sebak dalam kalangan orang ramai. Biarpun hanya kebetulan, ia seakan menghidupkan kembali memori tentang keperibadian dan senyuman manis arwah Zara.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Riduan Rubin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti1 day ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Semalam pertama Ramadhan seisi keluarga berbuka di rumah DS Tengku Zawyah dan DS Rayyan.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti4 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adoi comel suara Nyamma. Kita lock, lagu raya tercomel.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Anak artis sangat lah kamu ni anak. Siap jadi director tu tak tahan, haha.. ” – Fazeera

