Artis / Selebriti
” Sama cantik ni mak dengan bakal menantu. Anak teruna pun handsome semua.. ” – Netizen

Video Dan Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Anak Dato’ AC Mizal Dan Bekas Isterinya, Shafnie Zainuddin, Shabil Iman. Makin Segak Shabil, Abangnya Syafiq Pun Tinggi Lampai. Awet Muda lah Shafnie, Cantik Macam Dulu !!
Nama Shafnie Zainuddin mungkin asing buat warganet, namun jika disebut bekas isteri pengacara terkenal, Dato’ AC Mizal pasti warganet akan mengingati wajah manisnya ini. Semasa tempoh perkahwinan dengan Dato’ AC, Shafnie dikurniakan 2 orang anak lelaki yang diberi nama Syafiq Iman dan Shabil Iman.
Meninjau akaun Instagram Shafnanieee, telah dikongsikan video dan gambar sekitar majlis pertunangan Shabil bersama gadis pilihannya. Tampil cantik berbaju berwarna navy blue, Shabil dan tunangnya itu nampak begitu sepadan sekali.
Sekian lama tidak melihat kelibat Syafnie dan anak-anaknya, sudah besar panjang hero-hero Syafnie ini. Syafiq juga turut sama hadir memeriahkan majlis adiknya ini. Untuk makluman, Syafiq telahpun mendirikan rumahtangga pada tahun lalu.
Menerusi posting Syafnie ini, Syafnie menitipkan doa agar Shabil sentiasa berbahagia dan mendapat kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang. Terpancar kebahagiaan pada riak wajah Syafnie, bakal mendapat menantu lagi lah nanti.
Jom tonton video di bawah :
( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian oleh Syafnie ini mendapat perhatian dan ramai yang mengucapkan ucapan tahniah untuk Syafnie sekeluarga. Antara komen-komen yang diberikan :
” Tahniah Shaf, cantik tak pudar Shaf ni. Gaya model tetap ada.. cantiknya menantu, macam mak mertua dia jugak.. “
” Alhamdulillah & Tahniah Shabil & Afi. Tahniah juga pd heliskeborengs shafie bakal terima menantu lg sorang . Semoga dipermudah segala urusan.. “
” Congratulations Shabil and proud mama Shafnie. Sama cantik ni mak dengan bakal menantu.. Alhamdulillah.. “
” Cantiknya tak tua-tua ni sis shafnie.. awet muda betul lah.. macam kakak je bukan mak mertua ni hehe..
” Anak teruna pun handsome-handsome semua.. tahniah sis, semoga berbahagia selalu.. “
Tidak begitu dim4mah usia wajah Shafnie ini, masih tetap kelihatan muda dan cantik sama seperti dahulu. Apabila anak-anak sudah besar, seperti adik dengan kakak pun ada. Kalau ada cucu nanti, nenek pun masih vogue lagi, hehe.
Tahniah daripada kami di Berita Kopak untuk Shafnie sekeluarga terutamanya bakal pengantin, Shabil. Semoga ikatan pertunangan ini berjalan dengan baik dan sehingga ke jinjang pelamin serta dipermudahkan untuk urusan seterusnya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Shafnanieee, IG Shabale, IG Anjemdarif
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Viral2 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Cuak terus Bella bila Dato’ bocorkan rahsia dia. Dato’ ni memang tak boleh simpan rahsia betul lah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Checkmate YB Saddiq, dengan Paknil memang tak akan terlepas, haha.. ” – Komen Netizen