Artis / Selebriti
” Salah, tapi effort ada tu nak menghiburkan co-pilot. Mark pun punya lah tahan tak nak gelak, haha.. ” – Netizen

Video Isteri Mark Adam, Norazah Redzuan Cuba Menyanyikan Lagu Filipina Raih Perhatian Warganet. Wah Bukan Senang Nak Hafal Lagu Filipina Ni, Sedap Juga Suara Ezan Nyanyi. Boleh Pulak Mark Tahan Gelak Masa Ezan Salah Lirik, Hehe !!
Sebut sahaja nama penyanyi Mark Adam pasti ramai yang mengenalinya. Mark berasal dari negara Filipina dan berhijrah ke Malaysia untuk mengembangkan bakat nyanyiannya. Sekarang, Mark bukan sahaja bergelar penyanyi, Mark juga berkarya sebagai seorang komposer dan juga menjadi seorang pelakon.
Untuk rekod, Mark sudah mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihan hatinya, Norazah Redzuan. Bagi yang suka mengikuti Mark di akaun Instagram, pasti mengetahui Mark suka berkongsi perkembangannya dan kehidupan bersama isteri tersayang.
Terbaru, Mark ada memuatnaik video ketika Mark bersama isterinya yang mesra dengan panggilan Ezan berada di dalam kereta. Kelihatan Ezan sedang memandu sambil menyanyi sebuah lagu dari negara Filipina. Tulis Mark di ruangan kapsyen, mengatakan yang dia tidak pernah mengajar Ezan menyanyi lagu Filipina.
Perkongsian video itu telah menarik perhatian warganet. Ramai yang memuji suara Ezan merdu menyanyi. Bukan itu sahaja, mereka juga terhibur melihat reaksi Mark ketika mendengar nyanyian isterinya lagi-lagi ketika Ezan salah lirik.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang terhibur dan menyukai video nyanyian isteri Mark dan pelbagai respon diberikan warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Salah, tapi effort ada tu nak menghiburkan co-pilot. Mark pun punya lah tahan tak nak gelak, haha.. Btw apa tajuk lagi ni, sedap.. “
” Saya doakan Mark n wife kekal hingga ke Jannah n bahagia Dunia akhirat. Suka tengok pasangan ini, antara pasangan yang simple tapi bahagia sangat.. “
” Mark control jangan ketawaaaa.. Best akak boleh blajar bahasa philipine ngan brother Mark, siap bleh nyanyi lg, cayalah.. “
” Sgt mendalam lirik yang wife mark nyanyikan.. Sayangi dia isterimu, inshaAllah rezeki akan lebih banyak datang padamu Mark.. “
” Bakettt je aku tau tanpa tgk subtittle.. Dolo salu tgk cite Sanay walang na wakasss.. Ayat bakett bakeettt, hahahaha.. “
” Kami tau lagu pengako sayo je.. Boleh tahan suara Ezan, hehehe.. Dalam salah lirik pun kita yang dengar pun layannzz.. “
” Hehehehe.. Muke tahan gelak tu win.. Abg mark ajar sy bhsa pilipine jugak.. Sy slalu tgk peminat2 dri sana dok komen maganda Ako pogi pogi.. Ada yg bhsanya sma mcm melayu tapi bnyk yg sy tak tahu mksudnya.. “
Alahai sweet sungguh pasangan ini dengan cara mereka sendiri. Sedap lah suara Ezan menyanyi, patut lah ramai yang suka. Reaksi Mark yang menahan gelak ketika Ezan salah lirik mencuit hati ramai . Apa-apa pun, semoga Mark dan Ezan akan terus kekal bahagia bersama hingga ke syurga.
Silakan SHARE..
Sumber : IG markadam
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” InshaAllah, nanti Allah gantikan yang lain. Belum rezeki dia untuk bersama kita.. ” – Ibu Shuib
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Berkaca-kaca mata Rina. Ending tu aku tak expect, aku pulak menangis teresak-esak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Wah Lisa, bukan main. Dia mesti ingat tak ada orang perhatikan dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Tahniah Elisya. Uniknya nama baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Adui lirik Dijah, terbahak aku ketawa. Mak siapa lah Dijah sebut tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral3 days ago
” Sedih dan pilu sangat-sangat. Air mata aku berderai-derai tengok mak dia peluk bantal arwah tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Eja lain, bunyi lain. Rina ikut dialog Pendekar Bujang Lapok ke ni, lucu haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Saat di dunia Mummy jaga anak-anak ibu, saat kamu di syurga ada Ibu yang menjaga anak Mummy.. ” – Watie Hanifiah