Connect with us

Artis / Selebriti

” Sakitnya bila pura-pura kuat depan anak. Dengar anak dia tanya ‘abi kenapa nangis’, aku yang meraung.. ” – Komen Netizen

Video Nadzmi Adhwa menangis bercerita mengenai Ardell Aryana ketika live buat warganet tersentuh. Part anak Adhwa tegur kenapa Abi menangis tu sebak sangat. Pedihnya kena berlakon kuat depan anak-anak..

Umum mengetahui Ardell Aryana kini sedang belayar dan perjuangannya untuk misi Global Sumud Flotilla. Ramai yang mengikuti perkembangan Ardell dan setiap kali Ardell bersiaran langsung, ianya akan membuatkan warganet menangis kerana semangat Ardell yang kuat walaupun banyak dugaan yang datang.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Mommy Syu dan Ummuimraazhad3, telah dikongsikan sedutan live yang memaparkan reaksi Adhwa ketika bercerita mengenai Ardell. Adhwa tidak dapat menahan air matanya kerana ramai yang menyokong barangan keluaran Ardell.

Adhwa juga bercerita tentang kesusahan yang Ardell hadapi ketika dalam pelayaran. Tidur pun tidak selesa dan segalanya terbatas, apa yang lebih merisaukan adalah keselamatan isteri tersayang. Suami mana yang tidak sayang isteri dan risau tetapi demi agama, Adhwa merelakan pemergian Ardell.

Sebagai seorang bapa, Adhwa perlu selalu kelihatan tenang di hadapan anak-anak mereka. Ketika Adhwa menangis, salah seorang anak Adhwa bertanya mengapa dia menangis. Adhwa segera mengesat air mata dan memberikan senyuman kepada anak-anaknya walaupun hati sedang bersedih.

Jom tonton video di bawah :

@ohterkini_official

Beratnya ujian buat hati seorang suami bila terpaksa berpura-pura kuat di hadapan anak-anak kecil. Air mata ditahan, biarpun jiwa luluh melihat isteri tercinta berangkat meninggalkan keluarga demi berjihad di jalan Allah. ‘Stay strong, Adhwa,’ itulah doa dan harapan warganet agar suami tabah, sementara seluruh rakyat sama-sama menitipkan doa agar perjuangan Ardell bersama Team Sumud Flotilla dipermudahkan dan dilindungi #nadzmiadhwa #ardel #airmata

♬ bunyi asal – roybundle – roybundle

@ummuimraazhad3

sedih join live Ardell mlm td 😭😭😭 allahu akhbar hifz illah buat team sumud nusantara #ardellaryana #zizikirana #sumudnusantara

♬ original sound – Nalisanasir – iesya94

Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Stay strong adhwa… Ardell di bawah lindungan Allah aaminnnnn.. La tahzan.. awak berdua psgn yg hebat. Allah pilih awak berdua sbb awak dan isteri mampu utk ujian ini. Semoga Allah jaga Ardell dan rakan2 yg lain. Hasbunallah wani’mal wakeel.. “

” Tgk live ardell aku nangis, tgk live suami dia pn aku nangis.. semoga urusan ardell dipermudahkan,semoga selamat pergi dan selamat balik Aamiin.. “

” Bini dia hati kering.. suami dia pun redo kn je.. klu aku mmg x bagi.. trbaik saudara.. kita sma² brdoa.. doa umat islam malaysia bersama isteri mu.. “

” Ya Allah td tgok live Ardell Ak nangis , ni tgok yg ni fyp pulak, nangis Lg. kita doakan ardell dan semua dlm. misi selamat.. “

” Beratnya ujian buat hati seorang suami bila terpaksa berpura-pura kuat di hadapan anak-anak kecil. Air mata ditahan, biarpun jiwa luluh melihat isteri tercinta berangkat meninggalkan keluarga demi berjihad di jalan Allah.. “

” Dia risau sbnrnya dlm ms yg sama rindu ardell, sapa lah x syg bini kan… lagi2 tgk dlm live isteri susah nk tidur, mkn, solat…. slps ni ardell pulak xdpt dihubungi lglah tiap saat tu berperang rasa.. sy menaip ni pun bgenang air mata, apatah lg org2 yg rapat dgn ardell.. “

” Sakitnya bila pura pura kuat depan anak. dengar anak dia tanya ‘abiy kenapa nangis’, aku yang meraung. hancur rasa hati tgk dia terpaksa senyum bila anak dia tnya kenapa abi nangis.. Sy follow dari zaman Adhwa nak tackle Ardell lagi. So boleh faham betapa sygnye Adhwa kat Ardell.. “

Siapa yang tidak tersentuh melihat air mata seorang suami jatuh mengenangkan isteri yang sedang berjuang demi ummat dan agama. Terpaksa kuat di hadapan anak-anak bukan perkara yang mudah tetapi Adhwa cukup membuktikan dirinya seorang suami dan ayah yang terbaik. Semoga misi Ardell berjaya dan selamat kembali ke pangkuan keluarga.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Ohterkini Official, Tiktok Mommy Syu, Tiktok Ummuimraazhad3  

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Handbag Moon By Aliff Syukri
Minyak Jungle Girl

Trending

Copyright © Berita Kopak