Artis / Selebriti
” Sakit perut gelak. Dia nyanyi takpe, Norreen nyanyi, dia cukup-cukupkan Norreen, haha.. ” – Komen Netizen
Video terbaru Norreen Iman dan Baby bersalaman dan menyanyi lagu raya buat warganet terhibur. Kelakar betul reaksi Baby ketika dengar Norreen menyanyi. Lawak random sungguh Baby ni, haha..
Setiap kali Norreen Iman memuatnaik videonya bersama adik Bella Ngasri, Nassuhada Ngasri yang dipanggil Baby, pastinya perkongsian itu akan mendapat perhatian daripada warganet. Norreen sangat akrab dengan Baby dan memahami perangai sepupunya ini.
Menerusi perkongsian terbaru Norreen di akaun Instagramnya, telah dikongsikan video Norreen dan Baby bersalaman di pagi raya dan bermaaf-maafan. Norreen mengenakan busana raya berwarna oren terang, manakala Baby pula memakai baju berwarna pink.
Norreen berjabat tangan dengan Baby dan mendoakan agar Baby sentiasa dimurahkan rezeki dan comel selalu. Baby juga ingin bercakap dan mengatakan dia mahu berpuasa sunat enam hari penuh. Perbualannya mereka bertukar menjadi nyanyian ketika Norreen bertanyakan sebanyak mana Baby menyayangi dirinya.

Baby sememangnya sangat random dan menyanyi sesuka hatinya. Walaupun lirik lagunya ‘ke laut dalam’, namun melodinya tetap betul dinyanyikan oleh Baby. Terhibur warganet mendengar nyanyian Baby itu. Bak komen warganet, Bell itu sudah lawak tetapi adiknya ini lagi berganda-ganda kelakarnya.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 30 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Ini yang aku tunggu-tunggu haha.. dua dua sama je.. orang lain tak boleh nyanyi, baby je boleh.. Kalau Noreen shopee.. baby food panda.. “
” Tak kisah la walaupun bunyi Tiga Sembuk Hari Raya Tiga Sembuk Hari Naya, kita tetap tahu tu lagu Jalil Hamid haha.. baby nyanyi tkpe. norren nyanyi cukup cukup terima kasih.. “
” Duet yang paling ditunggu-tunggu.. suka tengok Noreen dengan baby, tak pernah tak kelakar.. baby ni random sangat lah.. selamat hari raya baby dan Noreen.. “
” Sakit perut aku gelak laa haha.. dia nyanyi takpe noreen nyanyi dia ckup-cukupkan noreen hahaah.. lagu last tu nasib nurin translate kn sikit kalau tak jenuh nk fikir.. “
” Haha ngek lah, tersedak aku tengah makan biskut makmur weyh.. tak kering gusi la baby ni.. norin ni pon melayan.. hahah.. dedua chomel.. “
” I ingat bell ngasri dah lawak…tapi baby lagi lawak. lawak baby lagi pedih oh.. noreen je dapat tangkap ape yg baby nyanyi..aku kena dengar 2 3 kali baru dpt tangkap lagu ape.. “
” Hahaha adui lucunya, walaupun salah lirik, tapi nada lagu tak pernah lari haha.. Noreen Dan baby is a nice combination. Lawak betul.. Ulang byk kali pun still gelak acaner ni.. “
Walau lagu apa pun yang Baby nyanyikan, pasti Norreen dapat menangkap lirik sebenar lagu itu. Gandingan Norreen dan Baby tidak pernah mengecewakan ramai. Semoga Norreen dan Baby sentiasa gembira, dikurniakan Allah kesihatan yang baik dan dirahmati selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Norreen143
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ni nak tanyalah, apasal kau pergi ambil tauke kueh ni. Aku ni Chef menunggu tau.. ” – Datuk Chef Wan
-
Artis / Selebriti4 days ago” Giler aku gelak weh. Dia start dengan Anwar Ibrahim je aku dah berdekah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Masyaallah, merdunya laungan azan Uwais.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Afwa pun join trend ni, bagus dia lead takbir raya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dah lama Mama Bella pendam tu. Dengan kita sekali nangis dengar Mama cakap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Wow petanda apakah ini, macam betul je. Terkejut tengok gambar ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia mari dengan kecek Kelate pulop doh. Lawak la Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ya Allah Paknil, saya nak cari RM30 sekarang pun susah Paknil.. ” – Pemanggil

