Artis / Selebriti
” Sabahan memang terbaik, suara padu. Part tarik dia bawak rileks je.. ” – Komen Netizen
Video Persembahan Peserta I Can See You Voice Musim Ke 7, Nurzizi Safira Raih Perhatian Warganet. Wah Pandai Ara Johari Pilih Penyanyi Sebenar Bersuara Tinggi Macam Dia. Gempak Betul Suara Nurzizi Ni. Kecil-Kecil Cili Padi, Suara Power !!
Rancangan hiburan I Can See Your Voice Malaysia Musim ke 7 kembali ke kaca menghiburkan semua peminat rancangan ini. Untuk musim ke 7, Izzue Islam dan Shiha Zikir dipertanggungjawabkan sebagai hos ditemani 4 ahli panel penyiasat tetap terdiri daripada Siti Khadijah, Naim Daniel, Bell Ngasri dan Riena Diana.
Menerusi perkongsian video di akaun Instagram TV3 Malaysia, telah dikongsikan video ketika Ara Johari menjadi artis jemputan untuk minggu ke 8. Seramai 6 orang peserta dipersembahkan dan Ara memilih peserta bernama Norzizi Safira untuk berduet dengannya di akhir rancangan.
Agak mendebarkan kerana ada antara ahli panel penyiasat yang cuba mengelirukan Ara untuk memilih penyamar atau pun penyanyi sebenar. Ketika Norzizi memperdengarkan suara sebenarnya, melompat semua yang ada di situ kerana suara Norzizi yang merdu itu. Ara juga gembira kerana pilihannya kali ini tepat.
Suara Norzizi sedap dan mempunyai tone suara yang tinggi seperti Ara. Oleh kerana Norzizi bertubuh kecil membuatkan ramai yang tidak menyangka Norzizi mempunyai suara yang hebat sebegitu. Bak kata pepatah, kecil kecil cili padi. Sekali Norzizi buka mulut, melopong semua mendengar suara emasnya itu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Tahniah Zizi Safira.. Sabahan memang terbaik, suara padu.. terbaiklaa ara johari pilihan yg tepat, sedap suara dia, dgn ara johari, mantap.. ”
” Part tarik dia bawak lagi rilex dari ara.. peserta-peserta dari Sabah tIdak pernah menghampakan terbaik.. ”
” Dia mmg penyanyi.. org sabah mmg knl dia.. dia prnah ikug bintang rtm baru² nie.. Congratulation Zizi safira.. ”
” Akhirnya Ara tak dengar kata juri untuk pilih penyamar macam dulu.. Pilihan terbaik lah Ara.. Sedapnya suara Zizi ni.. ”
” Tahniah kak zizi memang dari time sekolah suara sedap sangat.. tak sangkaa laa.. orang sabah memang suara sedap-sedap..”
” Patut pernah tengok zizi ni dia pernah masuk bintang rtm sedap pulak suara dia dekat icsyv.. ”
” Please arajohari buat lagu dengan zizisafira.. sedap gabungan suara korang.. badan je kecik tapi suara power betul.. ”
” Macam muka Asha Razak.. cara dia senyum.. cara dia menyanyi.. suara dia pun nak sama.. best la tak puas dengar.. ”
Ramai yang kagum dan teruja mendengar suara Zizi itu. Gandingan suara Nurzizi dan Ara juga hebat dan disukai ramai. Jika bakat yang ada pada Nurzizi ini diketengahkan lagi tidak mustahil Nurzizi boleh menjadi penyanyi pelapis untuk industri hiburan tanah air. Tahniah Norzizi.
Silakan SHARE..
Sumber : IG TV3 Malaysia, Tiktok TV3 Malaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pandai Ina jawab, soalan kontroversi ni. Bila isteri bijak jawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Talita dah besar tone suara macam ibu. Suara serak serak macam tu, sebijik tau gaya Siti Sarah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sampai tak perasan muzik dah dihilangkan. Vokal sangat best walaupun tanpa muzik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ko jangan sampai laki dia datang cek nadi ko.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Clean la, suara tak goyang, nafas pun clean. Power betul suara Hafiz, suara telan kaset.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Aku menangis teresak-esak weh part ni. Sedih dengar Shuib nyanyi lagu ni, lagu kesukaan Jep.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Sampai tak terkata dah husband tu. Kalau aku, memang gelak dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bila Kak Zie, main-main yer. Tak payah lah baca. Ye ke, bila, bila, haha.. ” – DS Siti Nurhaliza