Artis / Selebriti
” Rosak dah Hadie ni, semua sama-sama masuk air. Gelek Hadie, jangan tak gelek, ewahh. Haha.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Hadie, Oddah, Ammar, Thalita dan Amad apabila kembali berkumpul bersama buat warganet terhibur. Wah meriah betul Enjoy’s Corner ada free konsert. Part Hadie menyanyi lagu dangdut tu meriah sungguh, semua pakat bergelek sama..
Sekali pun program Talk To My Manager (TTMM) telah pun berakhir, ianya bukan titik noktah untuk ikatan persahabatan yang telah terjalin antara Hadie, Ammar, Oddah, Amad dan Thalita. Berjanji untuk berkumpul di kedai Ijoy iaitu Enjoy’s Corner, anak-anak TTMM ini memeriahkan suasana dengan telatah mereka.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Sdini dan Woowoday, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan mereka semua menghiburkan pengunjung Enjoy’s Corner dengan menyanyikan kembali lagu-lagu yang pernah dinyanyikan di pentas TTMM.
Menerusi video ini, kelihatan Hadie menyanyikan lagu dangdut yang berjudul Yang Penting Happy bersama rakan-rakannya itu. Riuh randah suasana apabila semuanya sekepala dan masuk air menyanyi dan bergelek bersama-sama. Walaupun Hadie menyanyi secara santai sahaja tetapi tetap merdu.

Hadie juga turut menyanyikan lagu Awak Kat Mana. Walaupun tanpa muzik, namun tetap sedap nyanyian Hadie itu. Warganet turut tumpang gembira melihat hubungan rapat persahabatan antara Hadie, Ammar, Amad, Oddah dan Thalita.
Jom tonton video di bawah :
@shpyqa Ikotkan nak keep je video ni smua.malu pulak byk view tetiba 🤣 rezeki dpt duduk table dpn stage dgn sebelah table dorang 🥰 @ADI? @auddratok2.0 @Thalita_Shuib @ammarlaaa._ @⚗️AMAD⚗️
@woowaday @ADI? @tfrvett @ammarlaaa._ @auddratok2.0 video dari : Fizz #hadie #thalita #ammar #odda #ttmm
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Merdunya suara Hadie, rilek je dia nyanyi.. rupanya tinggi ek lagu ni. sampai tercungap oddah nak nyanyi.. “
” Sangat terkagum dgn Yg lain lagi2 Hadie.. Talented main gitar semua .. suara dy sedap tapi nampak Masih nak sorok suara sedap Dy tu.. “
” Semua tak boleh nak bawa, hadie on smooth je.. nyanyi santai santai pun suara sedap si Hadie ni.. tone suara maskulin, macam m nasir, jamal abdillah.. sesuai dengan rupa yang segak.. “
” Susah lagu ni rupanya.. ingat senang sb Hadie bawa smooth dan lek2 jer.. bila oodda bawa baru perasan.. cungap2.. happy2 guys.. suka suka suka.. “
” Merdu lenggok suara Hadie.. Wah hadie duet dengan Oddah.. lagu ni tinggi, yang lain tak lepas nak nyanyi.. hadie je smooth.. “
” Suka tguk silaturahim. dorg walaupun da hbis ptandgan still keep in touch mcm da rapat bnar.. rosak dh hadie ni, semua sama-sama masuk air, haha. gelek hadie jangan tak gelek ewahhh. ape² jelah dik janji korang hepi² jer.. “
” Best tengok bonding dorang ni.. Yg lain semua nyanyi kne tarik, hadie bawa lagu ni relax2 je.. nmpak hadie ja bole bwak lgu low note.. semoga terus bersahabat sampai bila-bila ye.. “
Merdu sungguh suara Hadie menyanyi secara live, dah seperti membuat konsert pula. Kawan-kawan pun sporting dan enjoy melihat kerenah mereka semua apabila berkumpul bersama. Semoga terus bersahabat sampai bila-bila dan berjaya menjadi penyanyi yang hebat suatu hari nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Sdini, Tiktok Woowaday
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tahniah Sally, putih melepak betul baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ada plot twist rupanya, baru nak sebak tengok mula-mula tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Suruh basuh dulu baju sebelum pakai walaupun tu baju Jayden. Anak yang bijak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ni baru boleh cakap cantik. Makeup nipis tapi menyerlah. Muka dia klasik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Yer, saham dia tinggi sekarang ustaz.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Auhh sweet, nak pengsan dah ni dengar ayat YB. Blushing kami YB oii, pengakuan paling mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tengok Kak Lina lari dah mengekek ketawa. Iklan paling penat ni Kak Lina, tercungap sama.. ” – Komen Netizen

