Artis / Selebriti
” Rindu sungguh arwah Akiko, kita orang luar pun selalu menanti-nantikan masakan Akiko.. ” – Komen Netizen
Video anak Ridzokumura, Sky bersahur dan berbuka puasa pada tahun kedua tanpa ibunya, arwah Akiko buat ramai tersentuh. Sebaknya tengok Sky..
Bagi yang mengikuti perkembangan usahawan, Ridzokumura, pasti mengetahui bahawa setiap kali tibanya bulan Ramadan, perkongsian video bersahur dan berbuka puasa daripadanya sering menjadi perhatian ramai. Lebih-lebih lagi apabila melihat juadah istimewa yang disediakan oleh arwah isterinya, Akiko yang berasal dari Jepun.
Namun, sudah dua tahun berlalu tanpa arwah Akiko kerana Akiko telah pergi buat selama-lamanya, meninggalkan kenangan yang begitu bermakna buat keluarga kecil mereka. Terbaru, menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, Ridz berkongsi video suasana bersahur dan berbuka puasa bersama anak tersayang, Sky.
Menerusi video pertama, kelihatan Ridz mengejutkan Sky daripada tidur untuk bangun bersahur. Momen tersebut kelihatan cukup sederhana, namun penuh dengan kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya. Manakala menerusi video kedua pula, mereka dilihat berbuka puasa bersama dengan beberapa juadah yang disediakan.

Perkongsian video itu menyentuh hati para warganet. Ramai yang meluahkan rasa sebak apabila mengenangkan arwah Akiko yang sebelum ini sering menyediakan pelbagai menu istimewa setiap kali Ramadan menjelma. Kenangan tersebut masih segar dalam ingatan para pengikut setia mereka.
Tonton video-video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Rindu sugguh arwah Akiko, kita orang luar pun selalu menanti-nantikan masakan Akiko.. Inikan plak Abg Dan Sky moga tabah mengharungi KEHIDUPAN tanpa insan tersayang.. “
” Alhamdulillah selamat berpuasa.. Selalunya bulan puasa sy suka tengok juadah sahur & berbuka yg disediakn arwah akiko skrg tingal kenangan je.. Sekejap masa berlalu kan tahun ni masuk tahun ke2 dah..Al-Fatihah buat arwah Akiko.. “
” Sekali sebut nama terus dia bangun… Takde pon tergeliat2 mcm anak2 sya… Makin handsome Sky.. Semoga menjadi anak yg soleh.. “
” Anak yang soleh .. Anak yg sgt baik … Sekali je kejut terus bgun .. Selalu ikutti perkembangan sky .. Nmpak matured sgt3 dia skrang alhamdulilah, selamat berpuasa sky dan ridz.. “
” Alfatihah utk allahyarhamah Akiko, selamat berpuasa utk abgridz n sky.. Semg ramadhan ini menjadikan kita semua hamba yg lebih beriman dan beramal soleh, insya allah.. “
” Salam Ramadan sky insyallah nati ada rezeki org baik hati kongsi rezeki dgn Sky ya dan syukur apa yg ada .Ramai lagi org susah waktu Ramadan ini.. “
” Allah.. Rinduuunyaaaaa betul zaman puasa masa ada arwah… Sky kecik masa tu…. Al fatihah untuk arwah.. “
Tidak kurang juga yang menyatakan rasa rindu melihat Akiko di dapur serta momen-momen bahagia keluarga kecil itu suatu ketika dahulu. Walaupun Akiko sudah tiada, memori yang ditinggalkan tetap hidup dalam setiap perkongsian Ridz bersama anaknya. Ramai yang turut mendoakan serta memberikan kata-kata semangat buat Ridz serta Sky.

Silakan SHARE..
Sumber : IG ridzokumura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Siti Sayah au au au au. Comel, bijaknya Ayash. Suka dengar dia sebut nama ibu macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ni kalau ajak bergosip ni mesti comel kan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Eidrees memang transparent kan. Direct je dia tanya mummy depan semua orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis saya. Bila dengar Amira cakap, auto masuk terus ke sudut hati yang paling dalam.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sebelum saya jumpa Puan Sakinah, saya search nama Puan Sakinah di internet.. ” – Ammar Ahyan
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedap suaranya, lepas ni Hafiz boleh berduet dengan isterinya sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Cantik sungguh anak Mr E ni, cantik semula jadi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Wah matured cara dia jawab. Que ni seorang yang berpendirian, tegas dan positif.. ” – Komen Netizen

