Artis / Selebriti
” Rina pandai nyanyi Kelantan, Nabil lintang pukang. Tergelak aku tengok dia orang ni, haha.. ” – Netizen

Video Persembahan Pembukaan The Hardest Singing Show Minggu Kedua Oleh Nabil Ahmad Dan Rina Nose Buat Ramai Terhibur. Wah Pekat Betul Loghat Rina Menyanyi Lagu Bae Sobar Bae. Energetic Sungguh Rina, Sampai Semput Nabil Nak Habiskan Lagu, Haha !!
Rancangan realiti The Hardest Singing Show telah pun memasuki minggu kedua siarannya. Minggu ini tema Revolu-sihat menjadi cabaran untuk semua peserta termasuk pengacaranya, Nabil Ahmad dan Rina Nose. Seperti biasa, Nabil dan Rina akan membuat persembahan pembukaan.
Meninjau akaun Instagram Majalah Remaja dan Tiktok Astro Malaysia, telah dikongsikan video yang memaparkan persembahan Nabil dan Rina semalam. Pasangan host ni menyanyikan lagu viral berjudul Cinta Setandan Pisang atau lebih dikenali dengan lirik Bae Soba Bae.
Sebagaimana tema pada minggu ini, Rina mengangkat dumbell ketika memulakan nyanyiannya. Manakala Nabil pula membuat push up. Rina sememangnya seorang yang energetic dan lincah di pentas. Sekali pun perlu menyanyi dalam loghat Kelantan, Rina tetap perform dan memberikan yang terbaik.
Nabil pula selalu tampil dengan jenaka spontannya. Bukan mudah untuk menyanyi sambil membuat exercise dan ini membuatkan Nabil sedikit tercungap. Lirik lagu pun ditukar oleh kerana mengah hendak mengejar Rina yang yang begitu bersemangat. Ini memang betul-betul revolusi sihat.
Jom tonton video di bawah :
@astromalaysia Termengah Nabil kena push up 😂😂 #TheHardestSingingShow #LuarLimitasi #AstroBaharu #TheHardest
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 15 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Hebat Rina Nose boleh nyanyi lagu Kelantan. hebat dia semua Bahasa dia boleh. Nabil nyanyi pun bunyi pelik haha.. ”
” Gempak Rina rose bawa lagu bea sobe Bea Bea relik Bea.. jange jange wi jadi gegey meletop pentas.. ”
” Rina dah macam orang kelate hehe. Aku yang ada dar4h Kelantan pun belum tentu macam tu.. sumpah terbahak tengok Nabil mengah kejar RIna hahah.. ”
” Bestlah tengok rina nose dengan Nabil. Gelak-gelak aku tengok diaorang ni.. Aku lah haha, haji buat kebenda tu haha.. ”
” Nabil ni kalau tak buat hal tak sah haha.. Sabar je Nabil, memang sedih benar tu haha.. semput eh.. ”
” Kalau Dah Macam Nih, Okelah bang Eddie Hamid Buatkan Lagu Kelatelah Untuk Teteh Rina Nose.. ”
” Rina pandai nyanyi kelantan, nabil lintang pukang je tapi terhibur haha.. Sumpah rina nose ni memang happening gila. Dia memang senang blend dgn malaysia show.. ”
Happening sungguh pentas THSS apabila host membuat persembahan sehebat ini. Pujian juga diberikan oleh warganet terhadap Rina kerana boleh menyanyi dalam loghat Kelantan dengan begitu baik sekali. Nabil perlu banyak buat exercise lah selepas ini supaya stamina lagi power, hehe.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Astro Malaysia, IG Majalah Remaja
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Berkaca-kaca mata Rina. Ending tu aku tak expect, aku pulak menangis teresak-esak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago
” Makin besar family Ashraf Muslim. Simple je nama anak, tak perlu pelik-pelik.. ” – Komen Netizen
-
Viral4 days ago
” Sedih dan pilu sangat-sangat. Air mata aku berderai-derai tengok mak dia peluk bantal arwah tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Adui lirik Dijah, terbahak aku ketawa. Mak siapa lah Dijah sebut tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Tahniah Elisya. Uniknya nama baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Eja lain, bunyi lain. Rina ikut dialog Pendekar Bujang Lapok ke ni, lucu haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Saat di dunia Mummy jaga anak-anak ibu, saat kamu di syurga ada Ibu yang menjaga anak Mummy.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Alooo sweetnya, sampai berulang kali tengok. Caring betul Abang Long pada Kak Long.. ” – Komen Netizen