Artis / Selebriti
” Rasa so touching bila tengok Bella hadir bagi sokongan untuk YB.. ” – Komen Netizen

Video Bella Astillah hadir ke mahkamah sebagai tanda sokongan kepada YB Syed Saddiq buat ramai terharu. Dalam hati sedih, Bella tetap kuat demi teman tersayang. Sokongan iron lady, salute Bella..
Hari ini tanggal 19 Mac, pendengaran keputusan rayuan Ahli Parlimen Muar, Syqd Saddiq Syed Abdul Rahman di Mahkamah Rayuan. Seawal jam 9 pagi tadi, YB Syed Saddiq sudah pun berada di mahkamah bersama kedua ibu bapa dan keluarganya yang lain.
Ramai yang mengharapkan teman kerja YB Syed Saddiq, Bella Astillah untuk hadir ke mahkamah sebagai tanda sokongan. Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Thehazzzzzzs, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan kehadiran Bella di perkarangan mahkamah.
Bella hadir bersama adiknya, Didi Astillah dan turut bersama Bella adalah bos Primavalet. Video ini menyentuh hati peminat Bella dan YB Syed Saddiq. Difahamkan Bella masuk ke perkarangan mahkamah melalui pintu belakang dan tidak melalui pintu utama.
Kehadiran Bella ini sedikit sebanyak akan memberi impak kepada YB Syed Saddiq. Jika sebelum ini YB Syed Saddiq merasakan hanya keluarga yang menyokongnya, kini ramai yang berada di pihak YB Syed Saddiq dan turut mendoakan yang terbaik untuk YB Syed Saddiq.
Jom tonton video di bawah :
@thehazzzzzzzs
@thehazzzzzzzs
@thehazzzzzzzs
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Ini bukan lagi marketing. ini juga bukan charity. ini adalah sekumpulan manusia berhati emas. betapa bertuahnya mereka semua dpt bergabung.. “
” Weii sedih nyaa.. Bella, boss primavalet pun hadir sama.. semoga bella kuat.Semoga Allah mudahkn urusan YB hri ni baik2 shaja kputusan nya nti.. “
” Terharunya sokongan Bella dan kawan-kawan.. YBSS xkesorgan… BA+SS bergabung terjadi vaksin yg mmpu mgubat luka… semoga dipermudahkan urusan.. “
” Terima kasih Bella, saya bagi pihak YBSS… U ar my inspiration.. Bella and MD ( PV) hadir, kami yg jauh hanya mampu kirimkan doa.. rasa so touching bila tgk Bella hadir bagi sokongan.. “
” Bagusnya family Bella dan primavalet.. nangis kita tengok.. kuat semangat Bella dan YB. Sokongan daripada seorang iron lady, sebaiknya di samping mama dan abuya serta keluarga yang lain.. “
” Semangat untuk Syed Saddiq, Bella datang.. sayu tengok.. Iron lady very supportive.. sahabat dan teman yang selalu ada susah senang YB. Salute Bella.. “
” Mengapa hati ini jd sedih tngok bella.. moga bella kuat dn beri sokongan buat yb.. km hanya mampu doakan dr jauh.. “
” Bagus yb aturkan bella ikut pintu belakang utk elak reporter serang bella dgn mcm2 soalan.. yang baju kuning tu bos besar primavalet. ramai yang sayang yb.. ”
Kehadiran Bella, Didi, bos Primavalet dan yang lain-lain pastinya akan menambahkan lagi semangat dan menjadi kekuatan untuk YB Syed Saddiq. Sama-sama kita doakan agar kebenaran akan tertegak sebagaimana yang YB Syed Saddiq impikan. Untuk Bella, terima kasih kerana menjadi teman yang setia dan selalu ada di saat susah dan senang.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok thehazzzzzzs, ig utusanonline
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Bagus cara Syafiq tu, halus je dia bagi ayat, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Saya tak pernah buat orang macam ni, saya minta maaf.. ” – Umie Aida
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Kutu buat comeback pulak guys. Patut lah dia tak tenang.. ” – Ubai
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Pandai lenggok dah Thalita, versi berbeza dengan penyanyi asal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Ah sudah, lari daripada Iman, jumpa Walid pulak. Makin lambat laa ko nak khatam iqra Chem.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Terkadang nak diluahkan rasa, tak ada tempat.. ” – Bonda Rozita
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Rasa nak melompat bila dengar Spacedollah cakap macam tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Cara kau kontrol emosi dekat mahkamah sangat hebat, aku salute kau.. ” – Janna Nick