Artis / Selebriti
” Rasa macam kembar, cantiknya mommy to be.. ” – Netizen
 
																								
												
												
											Muatnaik Gambar-Gambar Maternity Photosh00t, Penampilan Emma Maembong Yang Sedang Sarat Mengandung Raih Perhatian Ramai. Wah Sweet Sangat Bakal Mommy Dan Daddy Ni, Comel Jer Baby Bump Emma !!
Tinggal beberapa minggu sahaja lagi buat Emma Maembong dan suami, Muhammad Shazli Azhar bakal bergelar ibu dan bapa. Emma kini hanya menunggu masa sahaja untuk melahirkan cahaya mata sulung mereka yang dijangkakan pada bulan November ini.
Meninjau ke akaun Instagram Emma, beberapa gambar ketika maternity photosh00t telah dikongsikan olehnya. Sudah menjadi kebiasaan buat pasangan yang bakal menimang cahaya mata untuk mengabadikan kenangan sebelum bersalin.
Dengan tema hitam dan putih, penampilan Emma tetap anggun walaupun semakin sarat mengandung. Menggunakan khidmat jurufoto Pinography, setiap gambar yang dikongsikan menunjukkan momen yang begitu indah buat pasangan suami dan isteri ini.

Emma juga turut berkongsi akaun Instagram khas buat anak yang bakal dilahirkan itu di ruangan kapsyennya. Wah, nampaknya selepas ini pastinya populariti anak Emma setanding seperti ibunya. Pastinya ramai tidak sabar ingin melihat wajah si kecil ini nanti.
Jom lihat perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN -> untuk gambar seterusnya.. )
Penampilan Emma yang begitu berseri walaupun sedang sarat mendapat pujian daripada ramai netizen. Rata-rata mendoakan semoga Emma dipermudahkan ketika bersalin nanti dan ini antara komen-komen mereka :
” Cantiknya, Semoga dipermudahkan urusan besalin emma.. doakn sy dikurniakan zuriat jg ye.. Sebelum ni 3 kali kegug0ran.. “
” So happy for both of you emma.. can’t wait for the little one comes out . Semoga urusan bersalin dipermudahkan.. cant wait for little emma.. “
” Cantik emma, So sweet korg.. Moga dipermudhkn kak emma. moga dipermudahkan segala urusan n baby selamat dilahirkan.. elok ngandung baju labuh-labuh.. “
” Love. may Allah bless u.. cantik sangat, Suka tgok pasangan nie.. comel je semoga kekal hingga ke jnnah Aamiin. Moga Allah permudahkan.. “
” Rasa macam kembar. cantiknya mommy to be.. macam baby girl jer.. Semoga dipermudahkn segala urusan Emma nnti sweet couple.. “
” Cantik sangat .. rasa macam baby girl ni.. Cute tak sabar nak tunggu Little baby keluar. Muka sama betul 2 org ni. Betul2 iras… “
” Aduhhh sweet nyeee lagi-lagi picture nombor 4 tuuuu… suke sgt.. semoga dipermudahkan urusan bersalin nanti. can’t wait for you bundle of joy. so sweet couple.. “
Wah, memang cantik dan berseri sungguh ibu mengandung ni. Kami di Berita Kopak juga mendoakan semoga Emma Maembong dipermudahkan segala urusan sehingga tiba waktu untuk bersalin nanti. Semoga semuanya selamat dan dalam keadaan sihat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Emma Maembong
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti23 hours ago Artis / Selebriti23 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
