Artis / Selebriti
” Ramai cuba cover lagu Dato’ Siti, tapi suara Danial ni lemak, merdu, husky, semua cukup.. ” – Komen Netizen
Video Danial Zaini menyanyikan lagu Dato’ Seri Siti Nurhaliza berjudul Purnama Merindu raih pujian ramai. Wah serius sedap dan merdu sangat versi Danial ni. Lain daripada penyanyi lain yang pernah cover lagu Tokti..
Meninjau ke akaun Instagram Dolspodcast, perkongsian sebuah video yang memaparkan pelakon dan pelawak, Danial Zaini menyanyikan lagu Biduanita Negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza yang berjudul Purnama Merindu telah meraih perhatian ramai.
Ramai memuji kemerduan suara Danial menyanyikan lagu ini. Adalah satu yang sukar apabila seorang lelaki cuba menyanyikan lagu yang asalnya merupakan daripada penyanyi perempuan. Namun Danial membuktikan lagu ini sesuai juga dinyanyikan oleh lelaki.
Danial menyanyikan lagu ini dengan caranya yang tersendiri tanpa dibayangi oleh penyanyi asal. Ini bukanlah kali pertama Danial menunjukkan bakat nyanyiannya kerana Danial sememangnya boleh menyanyi dengan baik serta mampu meniru suara sesiapa sahaja.

Perkongsian video ini telah menerima lebih lapan ratus tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Danial menjadi artis jemputan untuk program Dol’s Podcast ini dan sebelum ini Danial juga pernah menyertai program The Masked Singer Malaysia.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memuji suara Danial apabila menyanyikan lagu ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Auto terbayang danial nyanyi versi suara pak jib.. Danial serba boleh….syabas.. Daniel..talented artist… bapak sedap.. “
” Ramai cuba cover lagu Dato’ Siti.. tapi yang dari Daniel ni memang terasa sangat dalam maksudnya.. Nasib dia x tiru penyanyi asal haha.. “
” Cara danial bercakap.. kita dah tau peribadi dia mcm mana.. tp mmg betul la.. org yg selalu ketawa.. buat org gelak tp hatinye menyimpan banyak masalah dan kdg² tak terjangkau dgn akal dan fikiran.. “
” Cara penyampaian nya menusuk ke jiwa.. mantepp.. Power suara nye Danial.. Multi talent guy. padu lah suara bro.. sedap.. “
” Nti korg try cari danial nyanyi 3 malam tanpa bintang kt masked singer .. fuhhh, syahduuu .. mantap orang kampung.. “
” Sedapnya.. Bestttttt Terima kasih nynyi kn lagu fav sy dgn baik & merdu skli .. aku risau je dia kluar suara najib tetiba.. “
” Sedap betoiii sora Danial ni. lemak,merdu,husky, smua cukopp.. buat la satu lagu duet daniel & santesh.. mesti TERBAIK.. “
Sememangnya Danial bukan sahaja berbakat sebagai seorang pelakon dan pelawak tetapi juga berbakat dalam bidang nyanyian. Semoga Danial Zaini terus berjaya dalam bidang seni hiburan tanah air dan tidak jemu menghiburkan para peminat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Dolpodcasts
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia frust, dia memang nak pergi.. ” – Afiqah Jalil
-
Artis / Selebriti1 day ago” Bila saya bagi hadiah tu, dia senyum, dia happy, dia suka.. ” – Harith Jalil
-
Artis / Selebriti5 days ago” Hawa, Mira nak tanya something ni.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti3 days ago” Menitik air mata tengok Ara peluk daddy tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 hours ago” Siapa yang plan ni. Macam tahu-tahu je dah takde tahun depan. Allahuakbar sedihnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia lah yang ada, aku cerita dia duduk dengar sampai dengan dia sekali menangis.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Lala, dalam hati daddy ni ada 2 orang je perempuan yang daddy cinta.. ” – Syamel
-
Artis / Selebriti6 days ago” Maaf bukan jeling tu kak, saya ingatkan.. ” – Thalita

