Artis / Selebriti
” Rafael ke mommy Rafael yang rindu papa ni.. ” – Netizen
Video Anak Mawar Rashid, Raden Muhammad Rafael Dah Pandai Cakap ‘Hello Papa’ Di Telefon Tarik Perhatian Peminat. Rindu Papa Yer Rafael. Comel Sangat !!
Anak adalah anugerah terindah buat ibu bapa. Proses anak-anak membesar adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan buat ibu bapa yang menantikan kehadiran cahaya mata dalam keluarga. Walaupun akan mengalami beberapa fasa yang mencabar dalam mendidik anak-anak, namun pengalaman itu cukup bernilai buat ibu dan ayah.
Pengalaman tersebut juga sedang dialami oleh Mawar Rashid, seorang pelakon berbakat besar. Mawar merupakan isteri kepada Raf Rafael yang juga seorang pelakon tanahair. Hasil perkongsian hidup, pasangan merpati dua sejoli ini telah dikurniakan seorang anak yang sangat cute iaitu Raden Muhammad Rafael. Pada perkahwinan yang terdahulu, Raf telah mempunyai 2 orang anak iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa yang kini juga tinggal bersama mereka.
Mawar sering berkongsi aktivitinya berserta anak-anak di instagram miliknya. Walaupun sering sibuk dengan tugasan seharian dan fokus kepada perniagaan, namun masa bersama anak-anak tidak pernah diabaikan. Mawar sering berkongsi gambar dan video kelatah anaknya di akaun instagram miliknya. Gelagat Rafael yang mencuit hati sering meraih minat netizen. Bijak dan cute sangat Rafel ni tau !

Baru-baru ini Mawar ada berkongsi kelatah Rafael cuba menghubungi ayahnya melalui telefon. Gelagatnya cukup mencuit hati yang melihat. Dalam slanga pelat dan ulang ayat yang sama pun tetap comel lah Rafael ni. Cepat betul mengikut apa kakaknya dan Mummy cakapkan.
Ikuti video perkongsian Mawar di bawah :
Perkongsian Mawar mendapat pelbagai komen daripada netizen. Antara komen-komen netizen :
” Auwwwwwwwww rindunya Rafael.. Jumpa esok k my Raden Panglima.. ” – Raf Yaakob
” Omg dah pandai cakap! Bila nak cakap GIFAN ni.. “
” Omoooo so kyeopt.. rafael pipi tuuuuu nak kemana tuuuuu.. “
” Rafael so cute lah mommy.. cutee je rafael , sama mcm mama dia.. “
” Why he so cute like his mother.. I think rafael sister will copying her mother face to.. “
” Ee.. cute betul bah..geyemmmmmmm.. “
” Allahu comelnyaaa.. Rafael ke mommy rafael yg rndu ni kak mawar.. “
Rindu sangat Rafael ni tau Rafael cakap “hello papa”. Rindu sangat dekat papa ya. Walaupun ada yang kata, sebenarnya Mawar yang rindukan papa, tapi takpalah Rafael. Yang penting kelatah Rafael memang comel. Cepatnya Rafael membesar. Semoga Rafael menjadi anak soleh buat mummy dan papa.

Silakan SHARE…
Sumber : IG Mawar Rashid
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Masuk je Cikgu Azlan, terus berdekah. Nasib tak tersembur roti tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Perghhh dia sapu semua. Beauty with brain, bukan calang-calang ni .. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Rupanya begini cinta orang yang dah matang dan berumur. Suami Erra romantik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Banyak rahsia banyak kejutan tapi kali ini seratus peratus tak tahu.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dakwah yang sangat sweet. Ada hikmahnya Allah temukan mereka.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tahun 2023, kau dah berangan eh nak kahwin dengan Erra Fazira. Haa sila cerita, kantoi.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ayash Affan yang semakin hari semakin bijak, kadang lidah Mummy yang terbelit nak speaking dengan dia.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti5 days ago” Baru je nak bahan Dato’, sekali kena balik. Tak boleh simpan rahsia Dato’ Aliff ni, haha.. ” – Komen Netizen

